web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kaji Semula Cadangan Bina Litar Drag, Tumpu Pertingkat Kesejahteraan Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 9:23PM

Ketua Pemuda AMANAH Nasional menggesa Perdana Menteri mengkaji semula cadangan kerajaan untuk membina litar khusus bagi perlumbaan drag di setiap negeri - Gambar Hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa mengkaji semula cadangan kerajaan untuk membina litar khusus bagi perlumbaan drag di setiap negeri. 

Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Hasbie Muda berkata, sebaliknya Perdana Menteri perlu melipatgandakan usaha mensejahterakan rakyat yang kini menderita dalam menghadapi gelombang inflasi.

“Pemuda AMANAH (Parti Amanah Negara) Nasional ingin melahirkan kekesalan dengan kenyataan media Perdana Menteri yang mengumumkan pembinaan litar lumba drag di setiap negeri.

“Pada dasarnya, keperluan litar lumba untuk golongan muda menunjukkan bakat dalam sukan permotoran, wajar diberi perhatian. 

“Namun, apa yang menjadi kekesalan adalah pengumuman itu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa tanpa melihat kepada keutamaan golongan muda pada masa kini,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Ismail Sabri baru-baru ini dilaporkan berkata, kerajaan bercadang membina sebuah litar khusus bagi perlumbaan drag di setiap negeri dalam usaha memperkasakan program pembangunan sukan permotoran negara.

Perdana Menteri menegaskan, cadangan itu bakal terkandung dalam Belanjawan 2023 yang dibentang Oktober ini.

Hasbie menambah, hala tuju Perdana Menteri sewajarnya kepada pemulihan ekonomi dan mencari jalan mewujudkan peluang pekerjaan supaya generasi muda dalam negara tidak terpinggir daripada aktiviti ekonomi.

“Apabila Perdana Menteri mengambil peluang membuat pengumuman seperti itu, ia jelas bahawa beliau hanya memikirkan polisi dalam kerangka politik sempit. 

“Ini kerana keadaan inflasi sedang memuncak dan penyelesaian mengenai masalah tersebut masih tidak dirasai,” katanya. - Getaran, 14 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad