web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tangguh Laksana Pindaan Akta Kerja 2 Tahun, Elak Majikan, Rakyat Makin Terkesan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 1:14PM

Menurut FMBA, pindaan Akta Kerja 1955 itu akan memberi impak tinggi terhadap kos perniagaan, terutama apabila operasinya berada dalam proses pemulihan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa menangguhkan pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang dijadual berkuat kuasa mulai 1 September ini, bagi tempoh dua tahun.

Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA), Datuk Abdul Malik Abdullah berkata, pindaan akta itu akan memberi impak tinggi terhadap kos perniagaan, terutama apabila operasinya berada dalam proses pemulihan.

Menurutnya, penguatkuasaan ke atas akta berkenaan juga bakal memberi kesan tinggi kepada peningkatan harga jualan produk serta perkhidmatan apabila majikan perlu mengambil pekerja dan/atau menyediakan peruntukan gaji atau upah yang lebih.

“Ini secara langsung akan menyebabkan rakyat terkesan dan mewujudkan fahaman walaupun pelbagai inisiatif diambil kerajaan, ia tidak membantu apabila kos sara hidup tetap meningkat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan Pindaan kepada Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam yang berkuat kuasa September ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim ketika memaklumkan perkara itu kepada Dewan Rakyat kelmarin berkata, pindaan berkenaan bertujuan menjaga kebajikan pekerja dan memberi kelonggaran dalam waktu kerja, selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Pindaan itu, katanya, membolehkan pekerja menggunakan susunan waktu bekerja lebih fleksibel.

Beliau berkata, di bawah peraturan baharu itu, pekerja dibenarkan bertugas mengikut kesesuaian tempat, waktu dan hari bekerja, termasuk dari rumah ketika situasi kecemasan seperti pandemik COVID-19.

Namun, setakat hari ini, jelasnya, tiada cadangan atau libat urus untuk pihak kementerian melaksanakan kerja empat hari seminggu

Mengulas lanjut, Abdul Malik berkata, pelaksanaan akta tersebut dianggap belum sesuai dipratikkan memandangkan lebih banyak perniagaan memerlukan sokongan dan bantuan disebabkan COVID-19.

Tegasnya, ia lebih memberi kesan dengan perang Rusia-Ukraine, banjir dan inflasi, sekali gus menambah cabaran serta beban dihadapi perniagaan dan rakyat.

“FMBA bersetuju untuk sentiasa menjaga kebajikan pekerja, tetapi ia harus dilaksanakan dalam keadaan tiada mana-mana pihak terkesan dengan perkara itu, sama ada di pihak majikan atau pekerja serta rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, jelas Abdul Malik, FMCA yang terdiri daripada kira-kira 125 badan perniagaan seluruh negara, menyeru kerajaan mengkaji dan melaksanakan strategi betul pada masa tepat.

“Ini susulan pengusaha perniagaan dan majikan memerlukan sokongan, bukan tekanan dalam bersama memacu perniagaan masing-masing ke arah pemulihan serta kecemerlangan, selari usaha kerajaan. - Getaran, 14 Ogos 2022

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga