Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Perpaduan Utuh, Penjagaan Kesihatan Mampu Lahirkan Umat Islam Berkualiti

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Aug 2022 8:45PM

Dekatilah Allah yang mencipta manusia. Boleh jadi dengan kesibukan urusan dunia, kita terputus hubungan dengan Allah menyebabkan suasana hati menjadi sedih - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aspek perpaduan sebagai kunci utama untuk ummah kembali bangkit dilihat menjadi tajuk utama khutbah Jumaat di seluruh negeri Pahang dan Terengganu, semalam.

Teks khutbah di Terengganu bertajuk ‘Kukuh Perpaduan, Elak Perpecahan’,  itu antara lain menceritakan realiti umat Islam yang masih bertelagah dan berbalah, bukan sahaja dalam negara bahkan di seluruh dunia.

Menurut khutbah itu, ia berpunca daripada kegagalan umat Islam mengikuti ajaran al-Quran dan al-Sunnah, seperti firman Allah dalam surah al An’am ayat 15 yang menyatakan, ‘maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah menurut jalan lain daripada Islam kerana itu akan mencerai-beraikan kamu daripada jalan Allah. Demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya bertaqwa’.

“Perkara kedua yang menjadi sebab berlakunya perpecahan iaitu kerana umat Islam mengambil sebahagian sahaja daripada ajaran agama dan meninggalkan sebahagian yang lain. Inilah berlaku kepada golongan ahli kitab terdahulu.

“Manakala yang ketiga ialah kerana sebahagian daripada umat Islam masih berada dalam kejahilan. Kejahilan merupakan salah satu faktor yang akan menatijahkan kepada perpecahan kerana ia tidak didasari dengan ilmu,” kata teks khutbah berkenaan.

Umat Islam kini dilihat sering berbalah di media sosial tentang semua aspek termasuk perkara yang boleh dianggap kecil - Gambar Hiasan
Umat Islam kini dilihat sering berbalah di media sosial tentang semua aspek termasuk perkara yang boleh dianggap kecil - Gambar Hiasan

Teks khutbah itu turut menegaskan perpecahan antara orang Islam dilihat begitu ketara, termasuk di media sosial.

Lebih membimbangkan, perbalahan tersebut merangkumi semua aspek termasuk atas perkara yang boleh dianggap kecil.

“Ia bertambah buruk apabila terdapat segelintir individu yang sanggup mencipta akaun palsu dengan meninggalkan komen melaga-laga, menghentam, mengutuk dan menyakitkan hati orang lain. Allah SWT telah menegaskan bahawa budaya dan amalan seumpama ini adalah suatu dosa besar,” katanya.

Dalam pada itu, teks khutbah di Pahang turut senada dengan perkara tersebut dan menegaskan, perbahasan secara terbuka boleh menyebabkan orang awam terus berpecah belah.

“Sejak kebelakangan ini, agak menyedihkan apabila perkara khilafiah (perbezaan pendapat) dalam cabang agama dibahaskan secara terbuka seperti membaca Yassin dan bertahlil malam Jumaat, solat sunat sebelum Jumaat, membaca Qunut, talkin, melafaz niat solat, berwirid dan berdoa selepas solat beramai-ramai, solat hajat berjemaah dan lain-lain.

“Mana- mana individu yang mengajar serta mempertikaikan amalan khilafiah ini dan menganggap ia bidaah yang menyesatkan dan sia-sia adalah menjadi satu kesalahan, dan boleh didakwa di mahkamah syariah kerana telah diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang serta telah diwartakan,” kata teks khutbah tersebut.

Berbalah tentang perkara khilafiah iaitu perbezaan pendapat dan pandangan hanya akan membawa perpecahan yang besar dalam kalangan umat Islam - Gambar Hiasan
Berbalah tentang perkara khilafiah iaitu perbezaan pendapat dan pandangan hanya akan membawa perpecahan yang besar dalam kalangan umat Islam - Gambar Hiasan

Tegas teks itu lagi, perkara khilafiah iaitu perbezaan pendapat dan pandangan tidak terkawal akhirnya akan membawa perpecahan yang besar dalam kalangan umat Islam.

Sementara itu, khutbah Jumaat di seluruh negeri Kedah dan Kelantan pula memfokuskan kepada penjagaan kesihatan  yang penting dalam kehidupan seharian.

Teks khutbah di Kedah menjelaskan, menjaga kesihatan adalah tanggungjawab yang diamanahkan Allah ke atas hamba-Nya dan satu kewajiban, agar tubuh badan tidak dicemari oleh kerosakan yang membinasakan diri serta akal fikiran.

Oleh kerana itu, Islam sangat mementingkan kesihatan dan telah mengharamkan arak, kerana memudaratkan kesihatan tubuh badan.

Ia juga mampu menghilangkan kewarasan akal fikiran hingga menyebabkan pelbagai kecelakaan yang menyakiti jasad manusia itu sendiri.

“Demi menjaga kesihatan sejagat, Islam juga mengharamkan perbuatan-perbuatan keji dan kotor seperti zina dan liwat kerana mampu menyebabkan tersebarnya virus HIV yang menyerang sistem imunisasi badan sehingga menyebabkan seseorang mendapat AIDS.

“Begitu juga dengan merokok, ia juga merosakkan kesihatan tubuh badan dan menyebabkan penyakit seperti kanser. Bahkan terdapat satu bahan beracun di dalamnya iaitu nikotin, maka tidak syak lagi ia sangat berbahaya kepada kesihatan perokok dan orang disekelilingnya.

Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab yang diamanahkan Allah ke atas hamba-Nya dan satu kewajiban, agar tubuh badan tidak dicemari oleh kerosakan yang membinasakan diri serta akal fikiran - Gambar Hiasan
Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab yang diamanahkan Allah ke atas hamba-Nya dan satu kewajiban, agar tubuh badan tidak dicemari oleh kerosakan yang membinasakan diri serta akal fikiran - Gambar Hiasan

Jelas teks khutbah tersebut,  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-37 pada 23 Mac 1995 telah memutuskan tabiat merokok adalah haram mengikut pandangan Islam. 

Bagi negeri Kelantan, teks khutbahnya menyentuh secara spesifik agar rakyat di negeri itu segera melakukan rawatan sekiranya menghidapi simptom penyakit kemurungan.

Antara tanda-tandanya adalah sedih berpanjangan, mudah marah, hilang minat untuk melakukan kerja harian, susah tidur atau tidur berlebihan, putus asa untuk hidup, hilang nafsu seks, merasakan suasana hidup di dunia ini gelap serta cenderung untuk mati.

Lebih membimbangkan, berdasarkan kajian, mereka yang sering mengalami kemurungan sering mendakwa mendapat arahan bisikan suara ghaib.

“Jika tidak mendapat rawatan sempurna. maka mereka yang mengalami penyakit kemurungan mampu membunuh diri. Berdasarkan kajian ke atas mereka yang berjaya sembuh, terdapat beberapa ikhtiar boleh membawa kepada suasana hati yang sihat.

“Pertama, jangan malu untuk mendapatkan rawatan segera di hospital, patuhi nasihat pegawai perubatan. Ahli keluarga juga perlu memberi kasih dan sokongan untuk menguatkan semangat dan keyakinan diri pesakit. Ini dapat menghiburkan hati pesakit dan menghilangkan kesedihan.

“Menjaga juga kesihatan fizikal seperti ambil makanan yang sihat, tidur yang cukup dan melakukan senaman. Terakhir, mendekati Allah yang mencipta kita. Boleh jadi dengan kesibukan urusan dunia, kita terputus hubungan dengan Allah menyebabkan suasana hati menjadi sedih,” katanya. - Getaran, 13 Ogos 2022

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 45 minit yang lalu

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

TPM, Jemaah Menteri Ucap Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Semasa 57 minit yang lalu

Haji Furada: Syarikat Pelancongan Diperintah Bayar RM634,000 Kepada 25 Bekas Pelanggan

Semasa 1 jam yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke