web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sekretariat Rukun Negara Akan diperluas ke seluruh IPT - Halimah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 5:22PM

Halimah Mohamed Sadique - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sekretariat Rukun Negara (SRN) akan diperluaskan ke seluruh institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menyemai dan memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya pelajar IPT.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata setakat ini, sebanyak 187 SRN telah ditubuhkan melibatkan IPT Awam dan Swasta termasuk Politeknik, Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

"Kita wujudkan SRN di IPT dengan harapan pelajar-pelajar ini akan dapat menjadi duta perpaduan kita dan menyemarakkan Agenda Perpaduan Nasional sekali gus dapat mengadakan pelbagai aktiviti di bawah Program Semarak Uniti dalam kalangan pelajar.

"Misalnya di universiti kita tahu anak-anak yang belajar terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, mudah-mudahan IPT ini akan menjadi satu tapak integrasi yang mewujudkan apa jua yang diharapkan dalam Agenda Perpaduan Nasional," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Debat Perpaduan Keluarga Malaysia Piala Menteri Perpaduan Negara 2022 di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai di sini hari ini. Turut hadir Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail.

Halimah berkata bermula tahun ini, Geran Aktiviti SRN akan diberikan kepada IPT yang menyertai sekretariat tersebut bagi memudahkan institusi itu merangka program bersama masyarakat berdasarkan modul yang akan dilancarkan kementerian tidak lama lagi.

Berucap pada majlis itu, Halimah berkata daripada 187 IPT yang menyertai SRN, Kolej Komuniti merupakan jumlah terbanyak menyertai sekretariat itu iaitu 51 buah diikuti IPTS (34), IPTA (30), Politeknik (28), IPG (27) dan Kolej Matrikulasi (17).

SRN ditubuhkan pada 2005 dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai platform menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar IPT.

Terdahulu, Universiti Malaya diumumkan sebagai johan Debat Perpaduan Keluarga Malaysia Piala Menteri Perpaduan Negara 2022 dengan membawa pulang Geran Aktiviti SRN bernilai RM20,000, wang tunai RM5,000, piala pusingan, trofi dan sijil penyertaan.

Naib johan pula jatuh kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan membawa pulang Geran Aktiviti SRN bernilai RM10,000, wang tunai RM3,000, trofi dan sijil penyertaan.

Nur Hannani Zulkifli dari IPG Bahasa Antarabangsa diumumkan sebagai Pendebat Terbaik (Keseluruhan). - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad