Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Peminjam ‘Tersepit’, Kenaikan OPR Hanya Untungkan Bank Semata-Mata

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 5:11PM

BNM dijangka mengekalkan kecenderungan untuk meningkatkan kadar faedah pada September, menyaksikan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) untuk kali ketiga berturut-turut tahun ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) digesa untuk tidak lagi menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kerana langkah itu bukan sahaja menambah beban peminjam, malah tidak menyumbang kepada penurunan kadar inflasi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, tindakan itu juga akan menjadi penghalang bagi kerajaan untuk mencapai objektif disasarkan menerusi Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19.

Dari segi teori menurut beliau, alasan diberikan untuk kenaikan OPR adalah bagi menurunkan kadar inflasi dengan cara memperlahankan aktiviti ekonomi, iaitu mencetuskan 'mild recession'. 

“Dengan menaikkan OPR, sebagaimana teori monetari konvensional, BNM berharap agar sektor perniagaan akan mengurangkan pelaburan, manakala sektor isi rumah pula mengurangkan perbelanjaan di samping meningkatkan kadar simpanan.

“Namun, dengan tingkat kadar hutang sektor isi rumah di negara kita yang tinggi, maka kenaikan kadar bunga hanya akan mengurangkan perbelanjaan isi rumah melalui pertambahan pembayaran balik pinjaman, bukannya menerusi peningkatan kadar tabungan,” katanya hari ini.

Jelas Asyraf, kenaikan kadar inflasi yang berlaku bukanlah berpunca daripada lebihan permintaan sebaliknya akibat permasalahan berkaitan 'supply side disruption' dan 'energy supply shock' kerana perang di Ukraine.

“Atas faktor ini, kenaikan OPR tidak akan berjaya menurunkan kadar inflasi,” katanya.

Terdahulu, BNM dijangka mengekalkan kecenderungan untuk meningkatkan kadar faedah pada September, menyaksikan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) untuk kali ketiga berturut-turut tahun ini, kata Kenanga Research (KENANGA).

Dalam satu notis 8 Ogos lalu, firma penyelidikan itu percaya kenaikan OPR adalah berdasarkan jangkaan bahawa kadar inflasi Malaysia akan berada pada purata melebihi paras 4.0 peratus separuh tahun kedua 2022 (2H22), berikutan kenaikan harga makanan di tengah-tengah peningkatan kos import.

KENANGA berkata, ringgit mungkin terus diniagakan melepasi paras 4.40 berbanding dolar AS dalam tempoh terdekat.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, jangkaan itu terbukti apabila Amerika Syarikat sendiri gagal menangani masalah inflasi yang jauh lebih tinggi di negara itu walaupun kadar bunga dinaikkan. 

Bagaimanapun, menurut beliau, tindakan kerajaan tidak meningkatkan harga bahan api petrol dan diesel serta mengekalkan tarif elektrik terbukti lebih berjaya mengawal kadar inflasi daripada melonjak terlalu tinggi seperti yang berlaku di negara lain. 

“(Namun) kejayaan ini tidak ada kena mengena dengan peningkatan OPR. Dalam keadaan ekonomi domestik negara kita yang masih belum pulih sepenuhnya, maka tambahan bebanan kewangan ke atas peminjam akibat kenaikan dasar tersebut berkemungkinan besar akan menjerumuskan lebih ramai orang kepada masalah insolvensi. 

“Bukan itu sahaja, malah pengurangan tingkat perbelanjaan dalam ekonomi turut akan mengganggu proses pemulihan ekonomi domestik pasca COVID yang sedang direncanakan,” katanya.

Dalam pada itu, Asyraf memaklumkan kenaikan OPR hanya akan memberi kelebihan kepada sektor perbankan sedangkan perniagaan lain terutamanya perusahaan kecil dan sederhana masih terjejas, termasuklah sektor pekerjaan yang tidak menentu.

Justeru katanya, adalah tidak adil untuk sektor perbankan membuat keuntungan besar.

“Keuntungan besar yang bakal diperolehi sektor perbankan akibat kenaikan OPR ini tiada kena mengena dengan usaha produktif sektor tersebut, sebaliknya merupakan keuntungan terpijak akibat perubahan Dasar Monetari dibuat BNM.

“Lebihan keuntungan yang didapati secara tidak produktif seperti ini wajar dikategorikan sebagai Rentier Income (pendapatan penyewa) kerana ia bukan sahaja tidak menyumbang apa-apa kepada pertumbuhan produktiviti, malah boleh mengganggu proses pemulihan ekonomi. - Getaran, 13 Ogos 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Sukan 20 jam yang lalu

Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

Semasa 13 jam yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM