web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Prosedur Bedah Siasat, Penyimpanan Mayat Warga Emas Dilapor Hilang Ikut Polisi KKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 6:51AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Prosedur bedah siasat dan penyimpanan mayat lelaki yang ditemukan di tepi parit di Bagan Datuk adalah mengikut Polisi Perkhidmatan Perubatan Forensik Kementerian Kesihatan (KKM).

Pengarah Hospital Teluk Intan Dr. Khairul Baharin Mohd Baharuddin dalam kenyataan berkata prosedur tersebut telah dimaklumkan secara lisan kepada waris yang hadir semasa proses pengecaman di Unit Forensik, Hospital Teluk Intan pada 5 Ogos lepas.

Katanya perkara itu dimaklumkan kepada waris pada pukul 9 pagi dan jenazah lelaki itu diserahkan kepada waris selepas dibenarkan oleh pihak polis kira-kira dua jam kemudian.

Kenyataan itu adalah maklum balas kepada dakwaan waris bahawa mayat bapanya disimpan di bilik mayat selama seminggu, malah siap dibedah tanpa pengetahuan atau dimaklumkan kepada keluarganya.

Waris turut mendakwa penemuan mayat itu lewat diketahui mereka, sedangkan kehilangan bapanya telah dilaporkan kepada polis dan dihebahkan menerusi media.

Mengulas lanjut, Dr Khairul Baharin berkata pihak Unit Forensik Hospital Teluk Intan menerima mayat berkenaan yang tidak dikenal pasti pada pukul 4.50 petang, 28 Julai lepas.

Katanya, permintaan pemeriksaan mayat telah dikeluarkan oleh pihak polis selaras Akta 593 Kanun Acara Jenayah Bahagian Lapan (8) Bab 32 Perkara 329 sehingga Perkara 332 dan bedah siasat telah dilakukan pada keesokan harinya oleh pakar.

Beliau berkata mayat tersebut telah disimpan di Unit Forensik sementara menunggu siasatan dan arahan selanjutnya daripada pihak polis, sehinggalah waris dibawa untuk pengecaman pada 5 Ogos.

Pada 28 Julai lepas akhbar tempatan melaporkan Mairan Basir, 66, yang dilaporkan hilang pada 23 Julai ditemukan meninggal dunia di tepi parit di Bagan Datuk. - Bernama

  TAG: Hospital Teluk Intan, Unit Forensik, mayat, hilang

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad