Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Unsur Rasionalisme ‘Jerat’ Golongan Profesional Sertai Ajaran Sesat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 9:00AM

Tangkap layar video media sosila melibatkan sekumpulan pengikut ajaran sesat yang dikenali sebagai Hadi Minallah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Unsur rasionalisme diselitkan ‘tok guru’ ajaran sesat antara faktor yang dikenal pasti efektif memancing penyertaan umat Islam, termasuk golongan profesional.

Kelompongan pada subjek Pendidikan Islam di sekolah juga dikesan sebagai antara punca, apabila silibus yang disusun hanya menekankan kepada aspek syariat, berbanding usuluddin iaitu kepercayaan.

Pakar Psikologi Agama, Pemikiran Islam, Kesihatan Mental Islam Bidang Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Zaizul Ab Rahman berkata, kajian mendapati masyarakat Islam di negara terbahagi kepada dua golongan iaitu ‘moderate’ dan ‘orthodoks’.

Dr Zaizul Ab Rahman
Dr Zaizul Ab Rahman

Bagaimanapun katanya, sebahagian besar pengikut ajaran sesat yang mudah dipengaruhi adalah daripada golongan ‘moderate’, dengan majoriti mereka terdiri daripada kelompok profesional.

“Berdasarkan beberapa kajian, golongan profesional seperti akauntan dan sebagainya agak mudah ‘termakan’ dengan dakyah sesat dibawa oleh pengamal ajaran sesat disebabkan kekurangan pengetahuan dalam pendidikan Islam.

“Sebagai contoh, di peringkat sekolah, pendidikan Islam amat menekankan bab syariat iaitu Rukun Islam namun kurang dalam aspek usuluddin iaitu Rukun Iman yang berkait rapat dengan kepercayaan.

“Jadi mereka ini kepercayaannya agak goyah apabila diperkenalkan dengan unsur rasionalisme dibawa dakyah tertentu,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai faktor yang memungkinkan orang ramai mudah diperdaya ajaran sesat, walaupun pada dasarnya mereka dilihat sebagai golongan berpendidikan tinggi.

Baru-baru ini, satu rakaman video tular di media sosial, dipercayai melibatkan sekumpulan pengikut ajaran sesat dikenali sebagai Nur Mutiara Makrifatullah.

Ajaran berasal dari negara seberang itu dipercayai diasaskan seorang lelaki dikenali sebagai Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minnallah Aminnullah Ahmad.

Turut dikenali sebagai ajaran Hadi Minallah, ia menyebarkan fahaman akidah sesat Nur Muhammad yang mendakwa manusia dan Rasulullah SAW sebagai satu entiti.

Hadi Minallah turut berpegang kepada fahaman pluralisme agama dan mendakwa, Tuhan tidak menilai seseorang berdasarkan agama dianuti, sebaliknya menghakimi mereka berpandukan kepada kebaikan dilakukan.

Mengulas lanjut Zaizul berkata, sikap terlalu mengejar fatamorgana atau keduniaan juga boleh menjadi punca orang ramai terjebak dengan ajaran seumpama itu, apabila agama dan akhirat bukan lagi menjadi keutamaan.

“Kita melihat anak-anak masa kini lebih cepat matang dalam bab dunia berbanding ajaran Islam. Ini semua disebabkan kekurangan pendidikan agama, mengakibatkan ia bukan lagi satu keutamaan.

“Apabila fahaman terhadap Rukun Islam dan Iman mulai berkurangan, lebih mudahlah seseorang itu dipengaruhi,” katanya.

Justeru, Zaizul menasihatkan umat Islam khususnya di negara ini untuk tidak hanya bergantung kepada carian di Google untuk soal jawab berkaitan agama, sebaliknya berguru dengan golongan yang arif dan bertauliah.

“Untuk memahami Islam perlu ada sumber yang sahih jadi rujuklah persoalan tersebut kepada ustaz atau imam, jangan rujuk Google semata-mata kerana ia boleh menimbulkan salah faham,” katanya.

Sementara itu, Profesor Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata, terdapat peruntukan dalam enakmen, akta atau ordinan undang-undang jenayah syariah mengenai perkara itu.

Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal
Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal

Menurutnya, peruntukan tersebut adalah di bawah bidang kuasa setiap negeri dan pelaksanaannya kerap kali dilaporkan oleh media tempatan.

“Saya tidak nampak yang undang-undang Islam (isu ajaran sesat) lemah. Banyak tindakan telah diambil namun ajaran sesat (tetap) timbul macam cendawan di musim hujan,” katanya.

Noor Aziah yang juga Pengerusi Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia (MPWIM) berpendapat, hukuman yang tinggi boleh mengurangkan kebarangkalian kemasukan ajaran sesat baharu ke Malaysia, namun adalah mustahil untuk ia dihapuskan sepenuhnya.

“Di Malaysia, orang Islam suka pada kelainan dan suka mengikut. Tanpa ilmu agama yang kuat, ditambah pula kelemahan dalam aspek akidah, kita akan senang terpengaruh dan tertipu.

“Ini sikap seseorang (masyarakat Islam) terhadap sesuatu yang baharu. Justeru, ahli masyarakat perlu saling membantu dalam isu tersebut,” katanya. - Getaran, 13 Ogos 2022

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

Semasa 10 jam yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Semasa 9 jam yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Politik 1 hari yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu