Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Najib, Arul Kanda Arah Pinda Laporan Akhir Audit 1MDB Untuk Lindungi Diri - Saksi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Aug 2022 3:54PM

Najib Tun Razak - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Arul Kanda Kandasamy telah mengarahkan supaya laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipinda bagi melindungi diri mereka daripada sebarang tindakan sivil atau jenayah.

Penguasa Kanan Cawangan Siasatan SPRM Haniff Lami, 34, yang menyiasat kes pindaan laporan akhir tersebut berkata Najib menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu dengan mengarahkan supaya laporan itu dipinda sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 24 Feb 2016.

Saksi pendakwaan ke-16 itu berkata berdasarkan hasil siasatannya, Arul Kanda yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB pula telah bersubahat dengan Najib dalam memberi arahan untuk meminda laporan audit tersebut.

“Najib telah mengarahkan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ketika itu iaitu Tan Sri Shukry Mohd Salleh untuk mendapatkan laporan pengauditan 1MDB dan menyerahkan salinan laporan tersebut kepada Arul Kanda untuk disemak.

“Najib kemudian mengarahkan supaya satu pertemuan dibuat di pejabatnya di Putrajaya pada 22 Feb 2016, yang turut dihadiri bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dan bekas Ketua Setiausaha Negara Allahyarham Tan Sri Ali Hamsa,” katanya.

Haniff berkata demikian semasa membacakan penyataan saksinya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P. Kunyalam pada perbicaraan kes Najib dan Arul Kanda membabitkan pindaan laporan audit 1MDB.

Beliau berkata Najib telah mengarahkan Ali untuk mengadakan mesyuarat penyelarasan antara Jabatan Audit Negara (JAN) bagi membincangkan perkara yang beliau tidak berpuas hati di dalam Laporan Pengauditan 1MDB yang dikeluarkan.

“Laporan itu tidak dicetak sehingga mendapat kebenaran Najib,” katanya.

Saksi itu berkata susulan arahan daripada Najib, satu mesyuarat telah diadakan oleh Ali pada 24 Feb 2016, yang turut dihadiri Arul Kanda dan hasil mesyuarat itu, empat pindaan dibuat dalam laporan audit tersebut.

“Pindaan telah dibuat terhadap dua versi penyata kewangan 1MDB yang berbeza bagi tahun 2014 dan perjanjian Country Groups Securities Thailand dengan ACME Time Limited, disusuli pindaan berkenaan isu kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low serta isu penangguhan penerbitan Islamic Medium Term Notes (IMTN).

“Laporan Pengauditan 1MDB yang telah dibentangkan di hadapan PAC pada 4 dan 7 Mac 2016 adalah laporan yang telah dipinda, susulan arahan daripada Datuk Seri Najib.

“Hasil siasatan saya menunjukkan bahawa perkara itu dilakukan oleh tertuduh pertama  (Najib) dan tertuduh kedua (Arul Kanda) untuk melindungi diri mereka daripada sebarang tindakan sivil atau jenayah berkaitan dengan perjalanan operasi 1MDB,” katanya.

Semasa disoal balas peguam Rahmat Hazlan yang mewakili Najib, saksi itu berkata Najib dan Arul Kanda masing-masing ditahan pada 10 dan 11 Dis 2018 serta dirakam keterangan sebagai suspek pada hari tangkapan mereka.

Bagaimanapun, Haniff tidak bersetuju dengan cadangan Rahmat bahawa izin untuk menuduh bekas perdana menteri itu telah dikeluarkan oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas pada 10 Dis 2018, iaitu sebelum siasatan terhadapnya dilakukan secara menyeluruh.

“Rakaman percakapan Datuk Seri Najib sebagai saksi telah diambil pada 6 Dis 2018, empat hari sebelum beliau ditangkap. Saya tidak bersetuju beliau (Najib) tidak diberikan siasatan yang lengkap dan adil dalam kes ini,” katanya.

Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB yang telah dimuktamadkan Ketua Audit Negara, sebelum laporan itu 'sekali lagi dimuktamadkan' dan dibentang di hadapan PAC bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadap beliau.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016, mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 18 Ogos ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Babitkan 7 Kenderaan: 3 Penunggang Motosikal Dilaporkan Stabil

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Tingkat Kawalan, Penugasan Di Terminal 1 Dan 2 KLIA

Luar Negara 19 jam yang lalu

Menteri Luar ASEAN Gesa Hentikan Segera Keganasan Di Sempadan Myanmar