web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keselamatan Sistem Pembayaran Negara Kekal Terjamin - Bank Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 1:22PM

Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan bahawa keselamatan sistem pembayaran negara kekal terjamin - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengarahkan bank-bank untuk segera memaklumkan pemegang kad terbabit mengenai langkah-langkah perlindungan tambahan yang akan diambil untuk terus melindungi pengguna daripada risiko penipuan atau transaksi tanpa kebenaran.

Sambil menegaskan bahawa keselamatan sistem pembayaran negara kekal terjamin, bank pusat itu berkata ini susulan insiden kemungkinan pencerobohan data yang dimaklumkan oleh iPay88 (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran untuk institusi perbankan dan peniaga.

Menurutnya, bank-bank juga telah mempertingkatkan pengurusan risiko penipuan serta memantau sebarang aktiviti mencurigakan atau penipuan menggunakan kad-kad terbabit.

“BNM memandang serius sebarang insiden yang boleh menjejaskan keyakinan terhadap sistem pembayaran dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penyeliaan atau penguatkuasaan sewajarnya bagi memastikan kawalan keselamatan yang kukuh dilaksanakan, diamalkan oleh institusi kewangan serta memastikan pelanggan mendapat layanan yang adil.

“Pelanggan juga dinasihatkan untuk segera memaklumkan kepada bank mereka jika terdapat transaksi luar daripada kebiasaan atau transaksi tanpa kebenaran yang menggunakan kad mereka,” kata bank pusat itu dalam kenyataan hari ini.

Mengulas insiden itu, BNM menegaskan bahawa siasatan forensik masih dijalankan dan pencerobohan tersebut hanya berpunca serta terbatas dalam sistem pembayaran kad iPay88 dan tidak melibatkan kelemahan sistem institusi perbankan.

“Institusi kewangan di Malaysia mengamalkan kaedah pengesahan yang mantap bagi transaksi kad secara dalam talian, termasuk segera memaklumkan pemegang kad untuk pengesahan lanjut jika terdapat transaksi yang dianggap lebih berisiko.

“Ini mengurangkan risiko berlakunya penipuan transaksi. Bagi transaksi yang tidak menggunakan pengesahan, khususnya pembelian daripada peniaga di luar negara, pelanggan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penipuan transaksi atau tanpa kebenaran yang mungkin terjadi susulan insiden ini,” katanya.

Bagi maklumat lanjut atau aduan, orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK melalui 1-300-88-5465 atau https://telelink.bnm.gov.my/ - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan