web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekalan Air 397 Kawasan Terjejas Pulih Sepenuhnya Malam Nanti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 12:28PM

Bekalan air di 397 kawasan di wilayah Hulu Langat yang dilaporkan terjejas dijangka pulih sepenuhnya jam 8 malam nanti. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bekalan air di 397 kawasan yang dilaporkan terjejas susulan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) awal pagi semalam, dijangka pulih sepenuhnya jam 8 malam nanti. 

Jurucakap Air Selangor hari ini memaklumkan, setakat jam 9 pagi tadi status pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas mencapai tahap 95 peratus.

"Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza bagi setiap kawasan bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna," katanya. 

Menurut Air Selangor, kawasan yang belum pulih bagi wilayah Hulu Langat adalah Balakong, Bandar Sunway Semenyih, Bandar Teknologi Kajang, Taman Desa Mewah dan Taman Industri Desa Semenyih.

Kawasan di Kuala Lumpur yang masih terjejas setakat jam 10 pagi tadi ialah  Bukit Permai Industri, Kampung Cheras Baru (Jalan 4-14 dan Jalan 38-52), Kampung Cheras Baru (Jalan 49), Pandan Bistari, Taman Bukit Pandan, Taman Bukit Permai.

Taman Bukit Teratai, Taman Mawar, Taman Mega Jaya, Taman Melur, Taman Muda, Taman Pandan Mewah, Taman Putra, Taman Saga dan Taman Seraya.

“Air Selangor menyarankan pengguna yang sudah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian,” katanya.

Media semalam melaporkan,  sejumlah 397 kawasan di tiga wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan bermula jam 10 pagi hingga 3.30 petang, berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) pada jam 4.30 pagi kelmarin.

Henti tugas sementara itu berikutan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Karak, Pahang akibat kemalangan di Kilometer 75.9 Lebuhraya Karak-Bentong menuju Kuala Lumpur. – Getaran, 12 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Air Selangor Dijadual Bayar Balik Pinjaman RM248.7 Juta Bermula 2031

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat Alami Gangguan Bekalan Air Pada 10 Oktober

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Qari, Qariah Hulu Langat Ungguli Tilawah Al-Quran Selangor

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Isu NRW Perlu Ditangani Secara Holistik, Perbelanjaan Modal Besar - Nik Nazmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad