Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Penipuan Ambil Alih Akaun Aplikasi Mesej Meningkat, Pengguna Dinasihat Berwaspada

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 7:00AM

Antara helah dan modus operandi sering digunakan pelaku adalah menyamar sebagai pihak berkuasa yang menggunakan akaun pemesejan palsu. - Gambar hiasan dari Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan aktiviti membabitkan pengambilalihan akaun bagi aplikasi pemesejan yang semakin meningkat di negara ini.

Menurut SKMM, menerusi pemerhatiannya,  aktiviti itu berlaku melalui taktik penyamaran dan penipuan.

Tegasnya, taktik itu digunakan bagi memperdaya mangsa supaya menyerahkan kod pengesahan (verification code) atau kod keselamatan (security code) empat, lima atau 6 digit dihantar pihak penyedia platform aplikasi pemesejan terbabit, sama ada melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), emel atau tetapan lain yang dipilih pengguna.

“Antara beberapa helah dan modus operandi sering digunakan pelaku adalah menyamar sebagai pihak berkuasa yang menggunakan akaun pemesejan palsu dan elemen ugutan atau pemerasan bagi mendapatkan kod pengesahan.

“Pelaku menyamar sebagai rakan atau ahli keluarga dengan menggunakan akaun pemesejan (milik rakan atau ahli keluarga) yang berjaya diambil alih sebelum ini, seterusnya merayu bantuan mangsa untuk menyerahkan kod pengesahan dengan mendakwa kod itu milik mereka (rakan atau ahli keluarga), selain (kononnya) pihak penyedia platform aplikasi pemesejan berkenaan tersalah menghantar kod tersebut kepada mangsa,” katanya menerusi kenyataan.

Pada masa sama, SKMM berkata, pelaku turut menggunakan helah dengan menyamar sebagai pihak berkuasa dan memaklumkan kepada mangsa bahawa individu terbabit dipilih untuk menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan rahsia yang diwujudkan kerajaan.

Katanya, mangsa kemudian diarah berkongsikan kod pengesahan dihantar melalui aplikasi pemesejan atau SMS bagi mendapatkan akses ke dalam kumpulan rahsia tersebut.

Helah lain digunakan pihak terbabit, jelasnya, adalah menerusi taktik memancing data (phishing) yang menyaksikan pelaku akan berhubung dengan mangsa, sama ada melalui aplikasi pemesejan atau ruangan pesanan (direct message) di media sosial dengan menyamar sebagai wakil kepada penyedia platform aplikasi pemesejan.

Ujarnya, pelaku kemudian memaklumkan bahawa mangsa melakukan pelanggaran privasi atau hak cipta dan diarahkan untuk klik pada pautan diberikan bagi tujuan pembetulan.

Justeru, SKMM menasihatkan orang ramai supaya mengaktifkan penyahihan dua-faktor (‘two-factor authentication’ atau 2FA) bagi setiap akaun media sosial dan aplikasi pemesejan.

“Orang ramai dinasihat tidak berkongsi sebarang kod pengesahan bagi mengelakkan risiko pengambilalihan akses oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Butiran lanjut mengenai penyahihan dua-faktor boleh didapati di pautan https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/NOTIS_PEMBERIT AHUAN_AKTIFKAN_2FA_20220210_FINAL-1.pdf,” katanya.

Selain itu, SKMM mengingatkan pengguna sentiasa berwaspada dengan tidak berkongsi kod pengesahan kepada mana-mana pihak, termasuk individu dikenali, malah tidak klik sebarang URL atau pautan (link) mencurigakan.

“Mangsa boleh membuat aduan terus kepada pihak pengendali platform dan menerusi laman web https://aduan.skmm.gov.my/,” katanya. - Getaran, 12 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Disyaki Terlibat Samun Bersenjata Dan Menyamar Polis, 4 Lelaki Diberkas

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Panggilan Mencurigakan Oleh Individu Menyamar Pegawai MCMC

3

Semasa 2 bulan yang lalu

JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Terima 547 Laporan Kes Penipuan 3 Syarikat Pelaburan

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

KDA FC Langsai Keseluruhan Tunggakan Gaji Pemain, Pegawai

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 21 jam yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Sukan 14 jam yang lalu

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

Semasa 23 jam yang lalu

Beras, Barang Dapur Dibakar Adalah Stok Simpanan Yang Rosak - Ismail

oleh Wartawan Getaran