Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Skandal LCS Hanya Senjata Politik Buat PRU-15 - Dr Raduan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 7:19PM

Dr Raduan Che Rose memberitahu isu LCS perlu dipandang dengan teliti secara profesional dan bukan hanya penilaian berasaskan politik semata-mata. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG  Skandal pembelian enam kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion, yang sepatutnya dimiliki Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hanyalah satu propaganda atau senjata politik.

Presiden dan Ketua Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, seharusnya isu tersebut dipandang dengan teliti secara profesional dan bukan hanya penilaian berasaskan politik semata-mata bagi mencari kesalahan.

“Saya percaya perkara itu ada sedikit usaha atau kecenderungan untuk dipolitikkan. Dalam tempoh 22 bulan lepas, perkara ini tidak pun dibesarkan mahupun dihebahkan sehingga ke skala seperti sekarang

“Kalau ada keikhlasan, seharusnya kalau sudah sedar dari mula jangan dibiarkan walaupun tahu semasa itu ada inisiatif, namun menghentikan (projek pembinaan LCS) sudah tentu tak boleh sampaikan kepada rakyat,” katanya.

Dr Raduan Che Rose - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Dr Raduan Che Rose - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Dalam pada itu, Raduan menyangkal dakwaan tiada satu pun kapal LCS disiapkan meskipun kerajaan telah membayar RM6.083 bilion untuk projek itu menerusi kontrak kepada syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn. Bhd. secara rundingan terus.

“Itu satu perkara yang tidak berlaku. Selepas pembayaran tersebut, dikatakan sudah 40 peratus atau 50 peratusan telah dibangunkan (dibina kapal LCS),” katanya.

Justeru, beliau menggesa parti politik di negara ini tidak berkempen secara negatif dengan meletakkan kesalahan kepada pemimpin tertentu.

Sebagai sebuah parti politik berwibawa katanya, pemimpin berkenaan harus menawarkan manifesto terbaik dan tidak hanya bersandarkan kepada kata-kata manis untuk mengaburi pemikiran rakyat.

“Mesti ada tawaran apa kita nak lakukan, bagaimana mahu bangun dari kemelesetan ekonomi yang sebenarnya kalau tiada cabaran COVID-19 atau ekonomi. Malaysia sebenarnya terperangkap dari segi pembangunan sebuah negara yang terdiri dari hasil pertanian, perindustrian serta perkhidmatan.

“Secara transisinya, Malaysia masih tersangkut khususnya dari pembuatan ke perkhidmatan, malah negara kekurangan jentera untuk dibangunkan dari aspek inovasi. Kita melihat tiada pembangunan atau perkembangan terbaik dan negara tidak akan maju,” katanya. – Getaran, 11 Ogos 2022.

Sorotan

1

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

2

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

3

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

4

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

5

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

6

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Panggilan ‘Scam’ Tahun Lalu Meningkat Lebih 100 Peratus

Semasa 55 minit yang lalu

Cakna Kesihatan Pelajar Sebelum Lakukan Aktiviti Luar Kelas – Dzulkefly

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar, Sanusi Dijadual Adakan Pertemuan Rasmi Di Kedah 4 Mei Depan

oleh Rafisqi Radhi