web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


LCS: Subkontraktor CAD, CED Milik Boustead Tapi Dikawal Rakyat Asing

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 6:15PM

Rafizi Ramli - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terdapat petunjuk bahawa skandal kapal tempur pesisir (LCS) memiliki perancangan tersusun sejak awal, bagi memastikan penyelewengan tersebut dapat dilakukan.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau memperoleh bukti bagi mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, penyelewengan tersebut berjaya disembunyikan melalui pelbagai transaksi rumit termasuk mewujudkan dua laporan subkontraktor, sedangkan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) mampu menguruskan projek tersebut secara sendirian.

Katanya, jawapan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa subkontraktor Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) adalah syarikat bersekutu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menimbulkan tanda tanya apabila pemilikan syarikat tersebut hanya secara atas kertas sahaja.

“Anak syarikat LTAT iaitu Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) meluluskan pembelian saham 51 peratus di dalam CAD pada tahun 2010 manakala selebihnya dimiliki oleh Rheinmetall Air Defence AG (RAD), sebuah syarikat kontraktor pertahanan dari Jerman yang dipegang melalui anak syarikat milik penuhnya RD Investment AG.

“Dalam perjanjian pembelian 51 peratus pegangan dalam CAD, BHIC bersetuju bahawa RAD yang mempunyai kawalan pengurusan ke atas CAD, walaupun ia dimiliki secara majoriti oleh BHIC. Akibat dari keputusan tidak masuk akal itu, CAD hanya dimiliki oleh BHIC dan LTAT (secara) atas kertas sahaja sedangkan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan CAD dilantik oleh RAD,” katanya hari ini.

 

Dari Rafizi Ramli 11 Ogos 2022 SUBKONTRAKTOR CAD & CED MILIK MAJORITI BOUSTEAD TETAPI DIKAWAL BUKAN RAKYAT...

Posted by Rafizi Ramli on Wednesday, August 10, 2022

Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan turut menimbulkan persoalan berdasarkan dapatan terbabit, siapakah individu yang campur tangan sehingga BHIC dan BNS melepaskan kawalan ke atas syarikat subkontraktor CAD dan CED kepada rakyat asing sedangkan Boustead adalah pemegang saham majoriti.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan siapakah individu yang mempengaruhi dan membuat campur tangan dengan membawa masuk RAD sedangkan syarikat tersebut tiada kepakaran sepenuhnya untuk mengendalikan projek tersebut.

“BHIC memberi alasan RAD perlu dibawa masuk untuk mendapatkan kepakaran mereka dan membolehkan pemindahan teknologi dalam menjayakan projek LCS ini.

“Semakan umum menunjukkan bahawa kepakaran sebenar RAD adalah dalam membangunkan fire control systems atau sistem kawalan api (FCS) dan bukannya dalam mengendalikan keseluruhan projek yang melibatkan komponen lain seperti combat management system (CMS).

“Kepakaran RAD dalam membangunkan FCS ini diperakui sendiri dalam satu kenyataan media oleh syarikat induk RAG iaitu Rheinmetall AG bertarikh 27 Februari 2012,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan dalaman juga mengesahkan bahawa wakil Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Boustead yang menganggotai projek LCS mempersoalkan kepakaran RAD mengendalikan keseluruhan projek, sedangkan kepakaran mereka hanyalah dalam satu komponen sahaja.

“Perkara ini ditimbulkan berkali-kali oleh bekas Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

“Beliau beberapa kali menyatakan kebimbangannya kerana projek LCS nampak terlalu bergantung kepada subkontraktor CAD dan CED. Beliau juga menasihatkan BNS supaya melibatkan pihak lain untuk mengurangkan risiko pergantungan itu,” katanya.

Sebelum ini Rafizi mendedahkan, projek LCS menggunakan dua lapis subkontraktor iaitu CAD dan CED sehingga menyebabkan kos projek meningkat tiga kali ganda daripada kos sebenar iaitu RM397 juta.

Bagaimanapun, syarikat subkontraktor terbabit menuntut RM1.2 bilion daripada kerajaan Malaysia. – Getaran, 11 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad