web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPDNHEP N.Sembilan Tumpas Kegiatan Seleweng Diesel

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 3:02PM

KPDNHEP menyita dua lori tangki dan peralatan seperti hos dengan keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM116,550 - Gambar ihsan KPDNHEP Negeri Sembilan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi berjumlah 17,000 liter bernilai RM36,550 dalam operasi di Kampung Sri Parit, Lukut, dekat sini semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri Abd Muis Samsudin berkata serbuan kira-kira 7.55 malam itu turut menyita dua lori tangki dan peralatan seperti hos dengan keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM116,550.

Beliau berkata ketika serbuan, dua lelaki warga tempatan masing-masing berumur 36 dan 53 tahun dalam keadaan mencurigakan sedang menjalankan kerja pemindahan minyak dipercayai diesel menggunakan hos penyambung di sebuah kawasan lot terpencil.

“Pemeriksaan lanjut pada lori tanker pertama mendapati terdapat kira-kira 9,000 liter cecair dipercayai minyak diesel dan lori tangki kedua mengandungi kira-kira 8,000 liter minyak diesel.

“Hasil siasatan turut mendapati individu yang ditemukan di lokasi kejadian itu tidak mempunyai sebarang lesen, permit, permit khas atau surat kebenaran daripada pengawal bekalan bagi berurusan dengan barangan kawalan berjadual,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Muis berkata susulan itu dua lelaki tersebut ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau berkata kejayaan kes itu adalah hasil perkongsian maklumat risikan yang dijalankan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan KPDNHEP negeri sentiasa komited membanteras aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan bersubsidi dengan kerjasama strategik itu.

Sementara itu, Ketua Polis negeri Datuk Ruslan Khalid berkata dalam operasi sama, dua helang merah yang merupakan spesies haiwan dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 turut dirampas dan seterusnya diserahkan kepada pejabat Perhilitan negeri. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan