web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


VIP Langgar SOP PKP, Rakyat 'Rimas' Pihak Berkuasa Pilih Bulu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2021 9:06AM

Aktiviti rentas negeri tidak boleh dilakukan kerana Selangor dan Kuala Lumpur masih di bawah PKPB - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini, kecoh mengenai golongan selebriti mahupun individu kenamaan (VIP) yang didakwa berkunjung ke tempat pelancongan walaupun Kuala Lumpur dan Selangor masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sekali gus menghalang aktiviti rentas negeri dilakukan.

Situasi yang berlaku ini menimbulkan rasa tidak puas hati ramai pihak yang merasakan wujudnya unsur pilih kasih atau double standard dalam penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) apatah lagi di saat negara masih berdepan dengan wabak COVID-19.

“Ada banyak kes melibatkan golongan VIP ini, yang senyap begitu sahaja.”

Tindakan pihak berwajib, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang seolah menutup mata terhadap golongan kenamaan ini menimbulkan kritikan ramai, apabila mereka menganggap perlakuan itu sebagai tidak adil.

Menurut seorang pekerja sektor swasta, Heliza Hassan, 40 ketika ditemui Getaran meluahkan rasa pelik, apabila melihat sistem perundangan Malaysia seolah berasaskan sikap ‘antara dua darjat’ yang begitu ketara.

Heliza Hassan
Heliza Hassan

“Tindakan memilih bulu atau double standard dalam operasi penahanan pesalah sepanjang tempoh PKP saya lihat sudah berlaku sejak sekian lama. Ada banyak kes melibatkan golongan VIP ini, yang senyap begitu sahaja.

“Tetapi sebaliknya, jika rakyat marhaen yang melakukan kesalahan, bukan sahaja mereka didenda tetapi turut berdepan hukuman penjara,” katanya.

Pendapat sama turut dikongsi oleh seorang kakitangan kerajaan yang enggan dikenali.

Menurutnya, isu pilih kasih ini akan berterusan sekiranya kerajaan mengamalkan perundangan yang tidak adil demi menyelamatkan kroni mereka.

“Mengenai isu golongan VIP atau selebriti yang merentas negeri atas urusan kerja, biarlah pihak polis yang siasat, sebab itu memang tugas hakiki mereka.”

Menurutnya, kisah seorang ibu tunggal B Lisa Christina yang dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 tahun lalu wajar dijadikan sebagai satu pengajaran.

“Kisah ibu tunggal ini telah membuka mata banyak pihak, apabila wanita itu, mempertikai keputusan mahkamah yang hanya mengenakan denda RM800 ke atas anak dan menantu bekas timbalan perdana menteri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, kerana melakukan kesalahan sama.

“B Lisa bukan sekadar denda, malah turut dipenjarakan selama lapan hari kerana tidak mampu membayar denda berkenaan. Perkara ini menunjukkan bahawa wujud double standard di kalangan pemimpin di Malaysia,” tegasnya.

Sementara itu, pesara kerajaan Rosli Satar, 64, pula membidas tindakan netizen yang hanya menyalahkan pihak kerajaan semata-mata tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Mengenai isu golongan VIP atau selebriti yang merentas negeri atas urusan kerja, kenapa perlu dipertikaikan? Pandanglah dari sudut yang positif tanpa membuat andaian seumpama hakim yang ingin menjatuhkan hukuman terhadap mereka.

“Terbaru, isu selebriti yang dikatakan bercuti ke Langkawi dengan tujuan makan angin bersama suami. Tetapi dalam masa yang sama selebriti berkenaan mengatakan bahawa mereka pergi atas tujuan perniagaan.

“Jadi biarlah pihak polis yang siasat, sebab itu memang tugas hakiki mereka,” ujar Rosli.

Sebelum ini kerajaan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu termasuk golongan selebriti dan VIP, yang didapati melanggar SOP ditetapkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua rakyat tertakluk kepada undang-undang dan tindakan tegas akan dikenakan sekiranya mereka didapati terbabit melanggar peraturan dikenakan.

Rosli Satar
Rosli Satar

Susulan amaran diberikan Ismail Sabri, tidak hairan apabila tindakan diambil Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang dikatakan ingkar kuarantin, mencetuskan kemarahan ramai, termasuk pemimpin blok pembangkang.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berdepan siasatan polis kerana melanggar perintah kuarantin kendiri selepas kembali dari kunjungannya ke Turki pada Julai 2020.

Beliau tanpa rasa bersalah muncul di Dewan Rakyat, kurang seminggu selepas pulang dan perbuatan itu hanya disedari orang ramai selepas pendedahan dibuat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Selepas sekian lama isu itu tular termasuk di media sosial, Khairuddin akhirnya dikenakan denda maksimum oleh Kementerian Kesihatan, berjumlah RM1,000 pada Ogos 2020 atas kesalahan mengingkari peraturan dan SOP PKP. - Getaran, 5 April 2021

Berita Berkaitan

1

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Parti Modi Gagal Peroleh Majoriti Mudah Setakat Ini

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran