web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan Bekalan Air Di 397 Kawasan Di Kuala Lumpur, Hulu Langat Dan Petaling

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 12:52PM

Sejumlah 397 kawasan di tiga wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air bermula 10 pagi hari ini - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Sejumlah 397 kawasan di tiga wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air bermula 10 pagi hari ini susulan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) pada 4.30 pagi tadi.

Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air itu berikutan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang akibat kes kemalangan di Lebuhraya Karak-Bentong semalam.

Menurut kenyataan itu, kawasan yang terjejas terdiri daripada 172 di Kuala Lumpur, Hulu Langat (222 kawasan) dan Petaling (tiga kawasan).

“LRA Langat 2 dijangka mula beroperasi semula pada 3.30 petang ini bagi membolehkan proses rawatan air mentah dimulakan.

“Bekalan air terawat akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat apabila sistem agihan bekalan air telah distabilkan. Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal,” menurut kenyataan itu.

 

Air Selangor juga sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas dan akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan lain, Air Selangor memaklumkan kesemua 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor yang terjejas berikutan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di LRA Sungai Rasa (Selasa lepas) telah pulih sepenuhnya 3 pagi tadi.

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna atas kesabaran dan kerjasama diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini,” menurut kenyataan itu.

Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Luar Negara 15 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar