web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Di Sebalik Usaha KKM Perjuang RUU 'Anti Rokok', MAHA 2022 Promosi Vape?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 9:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyertaan syarikat vape sebagai antara peserta Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, menjadi perdebatan hangat di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Isu itu mula panas apabila akaun Twitter rasmi kempen Selangor Bebas Asap Rokok (SELBAR) berkongsi iklan tertera logo sebuah syarikat vape yang mencari pekerja separuh masa untuk menjaga premis produk keluarkannya di MAHA 2022.

Ciapan tersebut turut berkongsi foto sebuah bas berwarna hijau yang tertera jenama produk vape, dipercayai digunakan sebagai bas perantara untuk membawa pengunjung di kawasan pameran terbabit.

“Eh. Boleh pula mempromosi produk merokok di MAHA2022? Ini betul-betul Harm Introduction dan bertentang dengan GEG!,” kata Selbar_Selangor.

Dalam ciapan itu, SELBAR turut menandakan nama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee serta beberapa akaun lain, seperti @expomaha2022 serta @SmokeFreeMY.

Netizen mempersoalkan kenapa produk rokok boleh terlibat dalam MAHA. - Gambar hiasan
Netizen mempersoalkan kenapa produk rokok boleh terlibat dalam MAHA. - Gambar hiasan

Foto yang tular itu mengundang kecaman netizen, apabila ada kalangan mereka mempertikaikan pembabitan syarikat vape di acara berkenaan, termasuk apakah relevannya produk seumpama itu berada di sebuah pameran yang seharusnya memfokus kepada industri pengeluaran makanan dan tanaman.

“Penganjur MAHA perlu jawab! Apa kena mengena industri vape dengan MAHA? Iklan jenama produk pula tu…Nampak sangat TIADA etika! Memang mensasarkan anak-anak kita puak ini,” komen seorang netizen.

“YBM (Yang Berhormat Menteri) @rkiandee @mafimalaysia harus lebih peka Jemaah Menteri telah persetujui pembentangan #RUUKawalanProdukTembakaudanMerokok untuk diluluskan #DewanRakyat #MYParlimen,” respon pula netizen lain.

Seorang lagi pengguna Twitter @DrSakinah3 pula mempersoalkan adakah kementerian lain tidak mengetahui usaha rancak dilaksanakan KKM untuk menunjukkan keburukan vape dan memperjuangkan GEG.

“Wah, MAHA 2022 pun, industri vape masuk ya. Padanlah susah sangat kita nak ban (larang) benda ketagih ni. Takkan kementerian lain tak tahu yang KKM dah highlight (tonjol) keburukan vape dan sedang fight for GEG (pejuang untuk GEG)? Vape tu haram, kan?” tulisnya.

Sementara itu, ada netizen yang menganggap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) selaku penganjur acara terbabit menyokong dan menggalakkan amalan merokok.

Tindakan tersebut juga didakwa seperti ‘mengkhianati’ usaha Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menguatkuasakan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dibentangkan Dewan Rakyat baru-baru ini.

MAFI juga dilihat seolah-olah tidak peka dengan pemilihan dan senarai pempamer yang memohon membuka gerai jualan di situ, sehingga produk dianggap tiada kaitan dengan tujuan acara itu diadakan, iaitu mempromosi serta mengembangkan industri makanan dan ternakan dibenar berurus niaga.

Lebih mengecewakan, pengurusan syarikat vape terbabit berani mempromosi penyertaannya secara terbuka dalam di media sosial.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin membentangkan pindaan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau.

RUU berkenaan turut mengenengahkan larangan merokok apa-apa produk tembakau atau pengganti tembakau serta larangan penggunaan peranti merokok, oleh mana-mana individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya yang disebut sebagai generasi penamat (GEG).

Menurut beliau, persetujuan untuk meluluskan RUU itu bertujuan memastikan penjualan produk rokok, terutama vape dapat dikawal selia di bawah akta tersendiri, memandangkan tiada mekanisme perundangan bagi peraturan berkenaan.

Sementara itu, sumber MAFI ketika dihubungi Getaran untuk mengulas isu berkenaan memaklumkan, pihaknya sedang meneliti perkara terbabit.

“Kami (MAFI) sedang meneliti perkara ini ya,” katanya ringkas. - Getaran, 10 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar