web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lesen Vokasional Khas Untuk Penunggang P-Hailing Tak Sama Seperti GDL

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 8:32PM

Lesen vokasional khas itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada status penunggang p-hailing selain membolehkan MOT mengetahui bilangan penunggang yang ada dan memudahkan penyaluran bantuan kepada komuniti tersebut. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lesen vokasional khas yang perlu diambil oleh penunggang perkhidmatan p-hailing tidak sama seperti lesen memandu vokasional (GDL), kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

“Jaminan saya, ia langsung tidak sama dengan GDL yang telah dijalankan terhadap mana-mana kenderaan empat roda atau mereka yang bawa barangan," katanya menjelaskan kekeliruan pemain industri berhubung syarat pemilikan lesen vokasional khas bagi penunggang p-hailing apabila beberapa akta sedia ada dipinda.

Wee Ka Siong - Gambar fail
Wee Ka Siong - Gambar fail

Wee dalam sidang media di sini hari ini berkata proses mendapatkan lesen GDL yang dijalankan terhadap kenderaan empat roda atau mereka yang membawa barangan adalah ketat dengan perlu ke institut memandu dan menghadiri kursus khas.

Beliau berkata untuk lesen vokasional khas itu yang namanya akan ditentukan kemudian, penunggang p-hailing tidak perlu ke institut memandu sebaliknya hanya perlu menduduki kursus induksi selama tiga jam yang akan dilaksanakan secara dalam talian.

"Mereka juga tidak perlu hadir ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) seperti yang disyaratkan bagi kereta kerana penghantaran barangan melalui motosikal adalah secara kecil-kecilan dan mereka juga akan dikenakan caj minimum iaitu tidak melebihi RM10 bagi tujuan pendaftaran lesen.

“Masa nak serap mereka masuk (daftar), (kita akan) bagi moratorium dan tidak perlu bayar setahun. Dengan cara ini, kita akan dapat semua data mengenai penunggang p-hailing," katanya sambil menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa pengenalan lesen khas berkenaan adalah membebankan.

Wee berkata lesen vokasional khas itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada status penunggang p-hailing selain membolehkan Kementerian Pengangkutan (MOT) mengetahui bilangan penunggang yang ada dalam negara dan memudahkan penyaluran bantuan kepada komuniti itu.

Isnin lepas, Wee dilaporkan berkata mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos lepas bersetuju supaya Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334] dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] dipinda bagi tujuan pengawalseliaan serta penetapan peraturan.

Menurut Wee, selaku Menteri Pengangkutan, beliau 'bimbang' apabila Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) menghantar laporan kajian pemerhatian tingkah laku melibatkan 16,308 penunggang p-hailing kepadanya yang menunjukkan 62 peratus daripadanya berhenti di petak kuning atau di lintasan pejalan kaki.

Kajian yang dibuat menerusi kamera litar tertutup di 11 jalan raya di Kuala Lumpur pula mendapati 14 peratus penunggang p-hailing memegang telefon dan melanggar lampu isyarat, tujuh peratus membuat pusingan ‘U’ di tempat yang tidak dibenarkan manakala tiga peratus bertindak melawan arus. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar