web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PAC: Jangan Guna Alasan Keselamatan Negara Untuk Sekat Kebebasan Maklumat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 8:00PM

Kapal tempur pesisir pantai (LCS) - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak akan membenarkan nama 'keselamatan negara' digunakan sewenang-wenangnya, semata-mata untuk menyekat rakyat daripada mengetahui cara sebenar kerajaan membelanjakan wang yang ada.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh menegaskan, jawatankuasa tersebut bagaimanapun tetap menghormati keperluan untuk menjaga sensitiviti keselamatan negara.

"Dalam isu kapal tempur pesisir pantai (LCS), PAC telah membentangkan laporan berdasarkan kepada fakta, dokumen dan keterangan yang diperolehi oleh Jawatankuasa ini sepanjang prosiding.

"Perbincangan rakyat dalam isu ini menunjukkan betapa rakyat mahu mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku dalam Projek LCS," katanya hari ini.

Menurut laporan LCS dikeluarkan sebelum ini, tiada satu pun LCS Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disiapkan meskipun kerajaan telah membayar RM6.083 bilion untuk projek itu, menerusi kontrak kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) secara rundingan terus.

Mengikut jadual asal, sepatutnya lima kapal LCS harus disiap dan diserahkan kepada TLDM setakat Ogos 2022.

Sementara itu, Kah Woh ketika mengulas kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berhubung laporan PAC berkenaan berkata, beliau tidak pasti apa dimaksudkan oleh Presiden UMNO itu.

“PAC yang bi-partisan sekadar melaksanakan tanggungjawab kami yang diamanahkan oleh Dewan Rakyat kepada Jawatankuasa ini dalam memastikan perbelanjaan wang rakyat adalah terpelihara,” katanya.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata, jawatankuasa tersebut seharusnya lebih sensitif dalam mengendalikan keseluruhan proses siasatan khususnya isu keselamatan negara kerana ia masih di peringkat siasatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kah Woh yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, PAC ketika mengendalikan isu sensitif dan menyentuh kepentingan negara khususnya berkaitan perolehan vaksin COVID-19 dan penggunaannya terhadap rakyat Malaysia, bertindak tanpa prejudis terhadap kebebasan diberikan.

“PAC dalam melaksanakan tanggungjawab mencapai persetujuan dengan saksi iaitu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ketika itu, Khairy Jamaluddin supaya harga perolehan vaksin tersebut dikeluarkan dari hansard selepas harganya dimaklumkan kepada PAC.

“'Slide' pembentangan yang mengandungi maklumat harga Vaksin COVID-19 juga dikeluarkan daripada laporan PAC,” katanya.

Tegas beliau, PAC membuat keputusan sedemikian demi memastikan kerajaan Malaysia tidak terdedah kepada risiko penamatan kontrak perolehan vaksin oleh pembekal yang mungkin akan memudaratkan pembekalan vaksin COVID-19 ketika itu.

"Saya cadangkan Datuk Seri Ahmad Zahid merujuk Laporan Penuh PAC berhubung Perolehan Vaksin Covid-19 dan penggunaannya di muka surat tiga hingga lima laporan berkenaan," katanya.

Amalan sama jelas Kah Woh, digunakan PAC dalam prosiding pada 1 Disember 2021 membabitkan saksi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (MINDEF), Datuk Seri Muez Abd Aziz dalam isu pertukaran tanah MINDEF (Land Swap) yang kini dalam proses penyediaan draf laporan.

"Dalam prosiding berkenaan, saksi-saksi telah memaklumkan kepada PAC berkenaan ada maklumat sensitif yang membabitkan kepentingan keselamatan negara dan PAC bersetuju supaya perenggan yang terbabit dalam hansard dikeluarkan.

"Saya tidak boleh mendedahkan hansard tersebut kerana laporan dalam isu ini masih belum dibentangkan dan segala maklumat berada dalam status embargo," katanya lagi. - Getaran, 9 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kehadiran Kapal Laut AS Di Pulau Pinang Hanya Untuk ‘Port Of Call’ - Khaled

2

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Adakan Pertemuan Dengan Pimpinan Tertinggi ATM Di Wisma Perwira

3

Semasa 2 tahun yang lalu

MINDEF Pertimbang Batal, Buka Semula Tender Jika Gagal Hantar Black Hawk

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad