web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Bawa Tenaga Kerja Baharu Ke Malaysia, Selagi PATI Masih ‘Berkuasa’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 5:46PM

Armand yang juga Ahli Dewan Negara mendesak kerajaan memandang serius isu lambakan PATI dan mengambil tindakan segera bagi mengatasinya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menghantar ‘lambakan’ pendatang asing tanpa izin (PATI) pulang ke negara asal mereka terlebih dahulu, sebelum membawa masuk tenaga kerja baharu dari luar untuk bekerja di Malaysia.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, pendekatan itu perlu dilaksanakan kerana lambakan PATI dari negara berkenaan yang sedia ada di Malaysia amat membimbangkan.

Katanya, sekiranya keadaan itu dibiarkan, beliau tidak menolak kemungkinan jumlah kumpulan terbabit akan melebihi populasi beberapa kaum utama di Malaysia.

Armand Azha - Gambar fail
Armand Azha - Gambar fail

“Berdasarkan kajian, lebih tujuh peratus penduduk Malaysia adalah pendatang asing dari Bangladesh yang bekerja di sektor ditetapkan, namun malangnya ramai dalam kalangan mereka tidak kembali ke negara asal dan duduk secara haram.

“Jadi, saya nak tanya kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan apakah pendekatan kerajaan lakukan untuk memastikan PATI kembali ke negara mereka,” katanya menerusi video di aplikasi Tik Tok miliknya, hari ini.

Lebih membimbangkan, katanya, pendatang asing itu kini sudah mempunyai perniagaan, seperti kedai runcit sehingga mampu menguasai kawasan tersebut dan memberi ketakutan kepada penduduk setempat. 

Susulan situasi itu, Armand yang juga Ahli Dewan Negara mendesak kerajaan memandang serius perkara terbabit dan melaksanakan tindakan segera agar tidak berlaku lambakan warga asing pada masa depan.

“Kalau kata ini dibiarkan dan bawa masuk lagi pekerja asing, dalam masa 10 ke 15 tahun akan datang kita risau mereka melebihi populasi rakyat Malaysia. 

“Ini kita bimbang kerana apa akan jadi kepada warganegara kita di negara ini,” katanya. 

Sementara itu, Armand menegaskan, kerajaan perlu meneliti permasalahan terbabit sebaiknya demi generasi baharu dan mampu menjamin kedaulatan negara. 

“Adakah kita nak duduk diam dan terus membenarkan warga asing ini kerja di Malaysia, sedangkan mereka yang duduk tanpa izin ini masih berleluasa dalam negara.

“Inilah sebahagian isu perlu diambil perhatian oleh Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia kerana kita wajib memikirkan masa hadapan rakyat Malaysia,” katanya. - Getaran, 8 Ogos 2022.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad