web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Dakwa Nyaris 'Diculik', Pemandu E-Hailing Tekan 'Completed' Lalu Jalan Gelap

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 4:01PM

Tangkapan layar gambar kereta yang dinaiki oleh seorang wanita dikenali sebagai Siti Kamalia. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita berkongsi pengalaman nyaris ‘diculik’ apabila mendakwa kenderaan e-hailing dinaikinya diubah laluan secara tiba-tiba ke lokasi tidak diketahui.

Dakwa wanita terbabit yang dikenali sebagai Siti Kamalia, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan dari Desa Jati Fasa 1, Nilai menuju ke stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Batang Benar, malam Jumaat lalu.

“Assalamualaikum, semua tolong berhati-hati sesiapa yang selalu naik Grab malam. Semalam (Jumaat) saya dari Desa Jati Fasa 1 nak ke KTM Batang Benar naik Grab.

“Daripada rumah baru sampai AEON Nilai, check phone (periksa telefon) dah completed (anda sudah sampai) sedangkan baru lima minit keluar. Desa Jati ke KTM dalam 12 minit,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ceritanya, dia menyedari ada sesuatu tidak kena apabila pemandu terbabit menggunakan jalan tidak pernah dilaluinya.

“Saya baru je tinggal dekat Nilai dalam dua minggu, ada dalam empat kali pulang balik naik KTM pergi rumah.

“Jadi saya dapat rasa tempat tu saya tak pernah lalu sepanjang saya di Nilai, sebab tempat tu gelap, lampu jarang-jarang dan rumah jauh-jauh,” katanya.

Tangkapan layar arah perjalanan dan kereta grab yang dimuatnaik oleh seorang wanita di media sosial.
Tangkapan layar arah perjalanan dan kereta grab yang dimuatnaik oleh seorang wanita di media sosial.

Mengakui panik, Siti Kamalia bagaimanapun cuba mengawal emosinya ketika itu dan menghubungi pihak Grab melalui sistem chat untuk memantau perjalanannya.

Katanya, sebaik melalui sebuah stesen minyak di pekan Nilai, dia bertindak meninggikan suaranya dan mempersoalkan tindakan pemandu tersebut yang tidak mengikut jalan sepatutnya.

“Saya chat Grab tolong minta pantau perjalanan saya, tapi mereka pun first-first (awal-awal) macam tak faham sebab perjalanan saya dah completed (selesai). Jadi mereka minta details (maklumat) betul.

“Saya call Grab start (mula) dari AEON (Nilai) tu sampai lalu Petronas pekan Nilai je saya terus tinggikan suara kat driver (pemandu) tu. You nak pergi mana? Kenapa you tekan completed (selesai) sedangkan kita tak sampai lagi,” katanya.

Siti Kamalia berkata, pemandu terbabit kemudiannya memberi alasan bahawa dia menggunakan laluan lain kerana ingin mengisi petrol di sebuah stesen minyak.

Pelik dengan jawapan tersebut, wanita itu meminta pemandu terbabit menurunkannya dengan serta-merta sebelum kenderaan berkenaan berpatah balik ke stesen minyak berdekatan.

“Saya tinggikan suara, kemudian saya cakap dekat centre tolong call polis.

“Then Grab tu pusing balik, turunkan saya dekat Petronas pekan Nilai. Terus dia (pemandu) jalan dia tak isi minyak pun,” katanya.

Sebaik diturunkan, Siti Kamalia berkata, dia sempat mengambil gambar nombor pendaftaran kenderaan itu sebelum berlari masuk ke stesen minyak berdekatan.

“Saya dah panik sangat dan menangis, saya terus buka pintu lari, lepas tu saya sempat ambil gambar nombor plate (pendaftaran) kenderaan dia sebab kat apps Grab nombor kenderaan dah tak boleh nampak.

“Saya terus lari masuk ke stesen minyak Petronas pekan Nilai. Saya jelaskan dekat Grab centre apa yang terjadi then mereka suruh saya tempah lagi Grab untuk sambung perjalanan,” katanya.

Dalam perkongsian di Facebook yang tular itu, Siti Kamalia turut mendakwa dia kurang selesa dengan pelakuan pemandu terbabit yang sering bertanya pelbagai soalan kepadanya.

“Masa saya naik dari rumah on the way (menuju) ke KTM tu dia tanya saya macam-macam, sampailah dia kata ke KTM nak pergi mana.

“Saya cakap je ke Seremban padahal saya nak ke Kajang. Sambil dia tanya tu, dia buka lampu tengok saya tapi saya tak tengok. Lepas tu dia off (lampu). Saya mula rasa tak selesa masa tu,” katanya.

Siti Kamalia menarik nafas lega apabila diambil pemandu wanita selepas tempahan kali ketiganya di aplikasi Grab pada malam kejadian.

“Then (kemudian) saya pun beritahu (driver) perempuan tu tolong lock pintu selepas saya masuk. Saya beritahu dia saya sikit (nyaris) kena culik.

“Saya tanya driver perempuan tu, ini bukan jalan ke KTM Batang Benarkan, then dia cakap bukan. Tambah deras air mata saya keluar,” katanya.

Jelasnya, dia turut bersyukur kerana terselamat daripada kejadian tidak diingini.

“Biasanya bila saya naik Grab saya terus masukkan phone ke dalam beg, tapi malam tu saya bersyukur sangat saya pegang je phone tu even kiri kanan ada bag.

“Ya Allah, benda yang aku paling takutkan akhirnya terjadi betul-betul. Terima kasih selamatkan aku ya Allah.

Tolong ya berhati-hati wahai kaum wanita,” katanya.

Difahamkan wanita terbabit sudah membuat laporan polis di balai polis berdekatan.

Laporan polis yang dibuat oleh pemandu grab berkenaan.
Laporan polis yang dibuat oleh pemandu grab berkenaan.

Sementara itu, pemandu tersebut menafikan dakwaan wanita terbabit, selain berkongsi satu laporan polis dibuatnya pada Sabtu di group Facebook, Kami Penduduk Nilai.

Dalam laporan polis itu, pemandu terbabit memberitahu dia mengetahui mengenai posting wanita tersebut di Facebook melalui rakan isterinya.

“Saya membuat aduan polis untuk menafikan tuduhan kesalahan saya. Saya berharap anda boleh berjumpa saya di balai polis ditentukan oleh anda untuk membuat penyelesaian yang baik.

“Saya juga memohon anda untuk memadam posting ini. Terima kasih. Memang kesilapan saya membawa ke KTM yang salah. Penumpang memang ada hak membuat aduan kepada pihak tertentu,” katanya.

Kata pemandu itu lagi, wanita terbabit tidak sepatutnya menviralkan identitinya sebelum mengesahkan tuduhan tersebut.

“Selama lima tahun saya menjalankan tugas saya sebagai Grab driver untuk mencari nafkah hidup halal untuk keluarga saya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Harap maaf atas segala kesulitan,” katanya.

Dalam pada itu, Grab ketika dihubungi Getaran memaklumkan sedang menyiasat insiden tersebut sebelum kenyataan balas mengenainya dikeluarkan.

Perkongsian Siti Kamalia turut tular di Twitter dengan netizen meluahkan simpati terhadap nasibnya.

Rata-rata netizen mahu pemandu terbabit dikenakan tindakan dan meminta Grab supaya menapis setiap pemandunya demi keselamatan pelanggan. - Getaran, 8 Ogos 2022

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad