web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesawat Latihan Tersasar Dari Landasan Sewaktu Mendarat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 2:12PM

Kapten Chester Voo memberitahu kedua-dua juruterbang pesawat jenis Diamond DA-42D itu tidak mengalami sebarang kecederaan. - Gambar dari Facebook CAAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan insiden sebuah pesawat latihan hilang kawalan semasa pendaratan dan tersasar dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Chester Voo memberitahu, bagaimanapun kedua-dua juruterbang pesawat jenis Diamond DA-42D itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pesawat dialihkan pada jam 12.05 tengah hari dan pemeriksaan penuh landasan dilakukan untuk memastikan keselamatan operasi lapangan terbang. Landasan dibuka semula pada jam 12.20 tengah hari.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Chester berkata, kesemua pengurus dan ketua pegawai eksekutif (CEO) daripada organisasi latihan penerbangan akan dipanggil untuk taklimat keselamatan sebagai satu daripada usaha CAAM ke arah mempromosikan keselamatan penerbangan.

“Kesemua aspek keselamatan pesawat dalam ekosistem organisasi latihan penerbangan akan dikaji semula.

“Ia untuk penambahbaikan bagi meningkatkan tahap piawaian keselamatan semua pihak dalam industri penerbangan,” katanya. - Getaran, 8 Ogos 2022

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar