web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Laporan PAC Muslihat Pembangkang, Apa Perkembangan LCS Di Bawah PH?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 12:37PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan serangan terbaharu terhadap laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung skandal kapal tempur pantai (LCS), dengan mendakwa ia adalah muslihat pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, Najib menuduh Pakatan Harapan (PH) melakukan kesilapan dengan menghentikan projek LCS apabila mereka mentadbir negara, dengan mendakwa projek itu sudah 55.7% siap pada masa itu.

Malah beliau turut mengecam tindakan PH kerana membekukan sepenuhnya projek tersebut pada 2019.

“Sepatutnya sebagai kerajaan masa itu, mereka (PH) patut pastikan kapal diserah seperti dijadualkan (2019), bukan tak buat apa-apa dan tak berbunyi masa itu.

“Langsung tak ada berita berkenaan ini ketika kerajaan PH memerintah. Lalu dijadikan isu propaganda sebelum PRU-15 dengan pelbagai tohmahan kenapa kapal belum siap,” katanya.

Najib turut kecewa apabila Pengerusi PAC, Wong Kah Woh gagal memberi jawapan kepada beberapa soalan diajukannya.

“Apakah kenaikan kemajuan projek dari akhir 2014 hingga Mei 2018 (sebelum PRU-14) dan dari Mei 2018 hingga September 2019 (ketika projek dihentikan PH)?

“Saya sudah tanya empat kali. Susah sangat nak jawab ke?” soalnya.

Jelas beliau lagi, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) adalah anak syarikat Boustead Holdings Bhd, dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebagai pemegang saham terbesarnya.

“Segala keuntungan juga mengalir ke LTAT, bukan kroni sesiapa tetapi kroni TLDM, dengan dividen dan bonus tinggi mencecah 12 peratus sepanjang tempoh saya PM sebelum jatuh ke 2 peratus pada tahun 2018 dan 2019 di bawah PH,” katanya.

Semalam, Kah Wong memaklumkan laporan yang dikeluarkan pihaknya termasuk berkaitan projek pembinaan enam LCS bukan mewakili mana-mana parti.

Beliau berkata, laporan itu sebaliknya dikeluarkan hasil keputusan secara konsensus oleh 14 ahli yang turut dianggotai Ahli Parlimen daripada kerajaan.

Mengulas lanjut, katanya, PAC diwakili masing-masing tiga Ahli Parlimen UMNO dan BERSATU; DAP (dua); PAS (dua) dan setiap satu wakil daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS); PKR; Parti Amanah Negara (AMANAH) dan WARISAN.

Sebelum ini, PAC menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal LCS bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion.

Melalui laporan PAC itu, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada BNS bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

Projek LCS bermula pada 2011 yang mana ketika itu negara ditadbir oleh Najib. - Getaran, 8 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad