web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penghantar Makanan Adakan Piket Esok, Beri Mesej Kepada Syarikat, Kerajaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 5:01PM

Food Delivery Blackout akan diadakan esok dengan beberapa tuntutan dikemukakan termasuk keperluan caruman KWSP dan PERKESO.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah piket dinamakan 'Food Delivery Blackout' akan dianjurkan oleh kumpulan penghantar makanan esok di ibu negara.

Piket tersebut difahamkan bertujuan memberi mesej jelas kepada syarikat e-hailing serta kerajaan berhubung beberapa tuntutan oleh golongan berkenaan.

Salah satu tuntutan terbabit adalah berkaitan kadar pembayaran penghantaran ketika ini yang dikatakan semakin rendah berbanding sebelum ini.

Bryan Ng Yih Miin
Bryan Ng Yih Miin

Pengarah Strategik Angkatan Muda Keadilan (AMK), Bryan Ng Yih Miin berkata, golongan itu turut membangkitkan tentang isu bilangan penghantar makanan yang tidak terkawal sehingga mewujudkan persaingan dan seterusnya mengakibatkan pendapatan mereka menurun. Juga, pihak syarikat ehailing tidak tulus dengan kaedah pengiraan bayaran kepada riders.

"(Kesannya) bukan sedikit tetapi sehingga mereka dikatakan tidak dapat menampung kos sara hidup terutama dengan peningkatan harga barang ketika ini," katanya ketika dihubungi.

Food Delivery Blackout ini akan diadakan esok di Lembah Klang dengan beberapa tuntutan dikemukakan. - Gambar fail
Food Delivery Blackout ini akan diadakan esok di Lembah Klang dengan beberapa tuntutan dikemukakan. - Gambar fail

Bryan memberitahu, tuntutan seterusnya iaitu yang paling penting, adalah mengenai keselamatan sosial (social security) golongan penghantar makanan melibatkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menurutnya, golongan penghantar makanan tiada sistem untuk caruman KWSP dan PERKESO mandatori oleh syarikat ehailing kerana mereka dianggap sebagai kontraktor dan bukan sebagai pekerja, meskipun menggadai nyawa di jalan raya setiap hari.

Bryan berkata penghantar makanan tidak boleh bekerja untuk jangka masa panjang dan tiada pampasan atau mendapat perlindungan sepatutnya daripada PERKESO. - Gambar fail
Bryan berkata penghantar makanan tidak boleh bekerja untuk jangka masa panjang dan tiada pampasan atau mendapat perlindungan sepatutnya daripada PERKESO. - Gambar fail

Beliau menambah, sebaliknya golongan penghantar makanan pula yang membuat caruman KWSP secara sukarela dan SOCSO sendiri, yang dilihat terus membebankan mereka.

Ada juga aduan yang diterima di mana tuntutan insurans yang sedia ada adalah rumit dan mengambil masa yang panjang serta liputan insurans adalah terhad serta terdapat syarat-syarat tidak munasabah, tambahnya. 

Beliau memberitahu, ini seperti tuntutan insurans tidak menglibatkan hospitalisasi yang dikehendaki dibuat dalam tempoh 24 jam. 

Menurutnya, golongan penghantar yang di bawah tahap ‘member’ tidak dapat menikmati liputan insuran.

"Di Malaysia, kita mempunyai antara kadar kemalangan yang paling tinggi di dunia dan apabila mereka kemalangan, apa yang berlaku adalah mereka tiada perlindungan insurans yang memuaskan dan jika mereka tidak dapat bekerja, mereka hilang pendapatan.

"Bagi yang tidak mampu mencarum, kalau mereka tidak boleh bekerja untuk jangka panjang, tiada apa-apa pampasan atau perlindungan yang sepatutnya dilindungi oleh PERKESO," katanya.

Bryan menarik perhatian, keputusan mahkamah agung di United Kingdom (UK) sebelum ini telah menetapkan bahawa pemandu e-hailing diiktiraf sebagai pekerja menerusi beberapa dasar.

Beliau berkata, dasar pertama adalah kerana waktu dan kadar pembayaran tidak boleh dirunding oleh pekerja sebaliknya semua telah ditentukan oleh syarikat e-hailing.

"Kedua, waktu untuk bekerja itu juga sudah ditetapkan dan waktu itu panjang. Waktu yang kita kata satu sesi itu ada antara mereka yang bekerja sehingga 12 jam ke atas.

"Maka ini adalah ibarat bekerja. Sebab itu di UK ia telah memutuskan bahawa pemandu e-hailing ialah pekerja," katanya dan menegaskan bahawa perkara sama turut dikehendaki diteliti di Malaysia. - Getaran, 4 Ogos 2022

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga China Dikenal Pasti Anjur Pesta Dadah Di Hotel Kuala Lumpur

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: MB Jadi ‘Poster Boy’ BN - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

2 Beradik Maut Rumah Terbakar

oleh Wartawan Gaya Hidup

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

oleh Amirah Abu Bakar