web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MoU Pengambilan Amah Kemboja Dijangka Ditandatangan September - Saravanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 4:49PM

M Saravanan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Malaysia dijangka menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung pengambilan pembantu rumah warga Kemboja awal September depan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.

Beliau berkata tarikh pemeteraian perjanjian itu akan ditetapkan selepas beberapa kementerian berkaitan, termasuk Kementerian Dalam Negeri menyiapkan ulasan mereka mengenai perkara itu.

“Kita telah edarkan kertas kabinet kepada kementerian-kementerian berkaitan untuk meminta ulasan.

“Apabila ulasannya telah siap, kita akan tandatangani MoU itu bersama pihak Kemboja.

“Ia (MoU bersama Kemboja) dijangka pada minggu pertama bulan September dan apabila ditandatangan kita sudah boleh bawa amah (pembantu rumah) dari Kemboja,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Klinik Kemuning Utama di sini hari ini.

Saravanan berkata pihaknya juga telah menyelesaikan isu-isu dengan semua negara sumber, dan Malaysia telah mula menerima pekerja dari semua negara termasuk Bangladesh dan Indonesia.

Sementara itu ketika dirujuk mengenai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC berkata partinya sudah bersedia bagi menghadapi pilihan raya itu.

“MIC telah bersedia, kita juga telah memilih penyelaras untuk semua bahagian. Jentera-jentera kita sudah bersedia,” katanya.

Beliau berkata bagi pemilihan calon yang akan bertanding, beliau menyerahkan kepada Presiden Tan Sri S A Vigneswaran, kerana ia adalah kuasa mutlak presiden. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penipuan Siber: 3 Rakyat Malaysia Antara 49 Ditahan Di Phnom Penh

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjanjian Damai Dimeterai, PM Terima Ucapan Terima Kasih Daripada Rakyat Kemboja

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

4

Pendidikan 1 tahun yang lalu

MoU LUC Dan Cengild Perkukuh Pendidikan Sektor Kejururawatan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad