web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Curi Hasil Laut, Kerajaan Didesak Lebih Tegas Terhadap ‘Pengkhianat Negara’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 2:58PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan lebih tegas dan siasatan lanjut perlu diambil terhadap individu didapati bersubahat dengan warga asing untuk mencuri hasil laut negara demi keuntungan peribadi, kata Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Wanita PKR, Loh Ker Chean mendesak kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap rakyat tempatan, sama ada nelayan atau penguat kuasa yang dikesan melakukan kesalahan itu serta mengkhianati negara dalam kes terbabit.

 Menurut beliau, aktiviti mencuri hasil laut negara bukan sahaja merampas rezeki dan pendapatan nelayan, bahkan mengancam aspek sekuriti makanan Malaysia.

“Saya ingin merujuk kepada pendedahan akhbar tempatan bertarikh 3 Ogos 2022 bertajuk Nelayan Asing Semakin Berani melaporkan kegiatan haram warga asing mencuri hasil laut di perairan negara dengan bersubahat bersama rakyat Malaysia yang mementingkan diri sendiri.

“Justeru, saya ingin mendesak kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap rakyat Malaysia, baik nelayan tempatan atau penguat kuasa yang didapati bersalah dan mengkhianati negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ker Chean berkata, pihaknya turut mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk segera mengambil tindakan tersebut bagi membuktikan beliau bukan sahaja berani berjihad memerangi ‘orang tengah’, tetapi juga pengkhianat negara yang bersubahat dengan warga asing.

Terdahulu, media melaporkan kes nelayan asing yang kini semakin berani apabila menggunakan taktik ala gerila untuk berhadapan pihak berkuasa.

Menurut laporan itu, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som dipetik sebagai berkata, pihaknya pernah menumpaskan satu sindiket yang mempunyai kelengkapan alatan komunikasi di darat dengan menyewa sebuah rumah di kawasan kampung terpencil di Pahang.

Katanya, rumah dilengkapi alatan komunikasi itu akan menyalurkan maklumat kepada nelayan asing yang mahu memasuki perairan negara, bertujuan mencuri hasil laut dengan menyampaikan maklumat kehadiran agensi penguat kuasa. - Getaran, 4 Ogos 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad