web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jika Serius Mahu Negara Bebas Rokok, Haramkan Jualan Produk Tembakau, E-Cigarette Selamanya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 12:19PM

Sokongan kepada pelaksanaan RUU itu dapat mengubah masa depan kesihatan generasi akan datang yang bebas daripada penyakit akibat ketagihan nikotin. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa ahli politik yang menentang Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 sepatutnya memberi sokongan padu dan berganding tangan dalam usaha merealisasikan akta tersebut.

Penganalisis Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, pemimpin politik, khususnya Ahli Parlimen perlu memahami kesan ketagihan nikotin akibat merokok dan menghisap vape amat tinggi, bukan sahaja terhadap kesihatan masyarakat, tetapi juga dari segi ekonomi, sosial serta politik.

Menurut beliau, sokongan kepada pelaksanaan RUU itu juga dapat mengubah masa depan kesihatan generasi akan datang yang bebas daripada penyakit akibat ketagihan nikotin.

“Mereka yang tidak bersetuju ini sebenarnya adalah perokok tegar. Saya setuju sekiranya kerajaan mempunyai niat murni untuk menjadikan rakyat Malaysia bebas dari rokok, namun akta itu nanti jangan sekadar diluluskan tanpa penguatkuasaan dari pihak berwajib kerana ia akan menjadikannya tidak seimbang.

“Susulan kelulusan akta itu nanti, tiada lagi budak menghisap rokok di tempat awam dan berani membeli rokok. RUU terbabit penting kerana ia melibatkan hak keselamatan dan kesihatan orang awam,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Dr Hussain Yusri Zawawi
Dr Hussain Yusri Zawawi

Bagaimanapun, Hussain berkata, terdapat keperluan untuk RUU itu diteliti sepenuhnya agar ia mampu memberi kemenangan kepada industri tembakau dan rakyat.

Sekiranya kerajaan Keluarga Malaysia bukan ‘pengecut’, katanya, terdapat keperluan untuk penjualan rokok diharamkan selama-lamanya, jika mahu Malaysia bebas daripada asap berbahaya dihasilkan daripada produk tersebut.

“Kalau betul mahu negara bebas rokok, tutup dan jangan ada langsung penjualan tembakau walaupun produk itu boleh diseludup, namun peratusannya sangat rendah. Bukan hanya soal Kementerian Kesihatan (KKM) mahukan akta dikuatkuasakan, tetapi rokok difatwakan haram sejak tahun 1995. Vape dan ‘e-cigarette’ difatwakan haram mulai tahun 2015.

“Ini membuktikan kerajaan perlu serius untuk bertindak. Jangan setakat pinda RUU, naikkan kompaun kerana tak akan selesai pun negara dari asas rokok. Wujud keperluan roh Perlembagaan RUU tersebut diselami secara terperinci agar kita mampu membudayakan masyarakat kita supaya tak nak rokok.

“Saya yakin orang ramai bersetuju namun adakah kerajaan Malaysia berani untuk melarang penjualan rokok, tembakau mahupun produk vape di negara ini,” soalnya.

Tambah beliau, penguatkuasaan secara menyeluruh perlu dilakukan sekiranya RUU terbabit diluluskan di Parlimen dan direalisasikan untuk dilaksanakan di Malaysia.

“Dulu kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperkenalkan larangan merokok di tempat awam dan premis kedai makan, namun dilihat undang-undang itu sudah tidak dikuatkuasakan. Ini kena diteliti semula kerana saya melihat ketirisan kerajaan itu tidak ada.

“Dari sudut penguatkuasaan di peringkat bawah, memang tidak nampak dan diselaraskan di banyak tempat. Kita tak mahu perkara ini berlaku. Itu sebab ia perlu dilakukan dengan serius seperti mana orang rasa takut kalau nak keluar membonceng motosikal, wajib untuk pakai helmet atau jika tidak, mereka akan disaman,” katanya.

Terdahulu, RUU diusahakan sejak lebih sedekad lalu itu, kini ‘dikupas’ Ahli Parlimen di persidangan Dewan Rakyat dan persetujuan majoriti mereka diperlukan untuk membolehkan ia dilaksanakan demi menyelamatkan dua juta nyawa rakyat menjelang tahun 2040.

Jika diluluskan, Malaysia bakal melakar sejarah dengan melahirkan Generasi Penamat (GEG) yang melarang individu yang lahir pada dan selepas 2007 merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau peranti merokok.

Dalam pada itu, pakar kesihatan awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, RUU itu adalah pelengkap kepada usaha sejak sekian lama kerajaan untuk melindungi rakyat daripada bahaya produk terbabit.

Beliau menegaskan, usaha membangkitkan kesedaran menerusi pendidikan dapat diperkuat dengan kewujudan dan penguatkuasaan undang-undang lebih ketat.

“Sekarang ini kita jaga anak-anak kita sampai umur 18 tahun, tetapi apabila mereka melompat ke umur baharu, mereka bebas buat apa-apa.

“Kita sudah lakukan menerusi pendidikan lebih 30 tahun. Macam-macam kempen kita dah buat. Tetapi, ia kena dilengkapkan dengan peraturan undang-undang untuk kita sekat perkara berkenaan bahayanya merokok,” katanya.

Jelasnya, Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan negara maju yang mahu memperkenalkan undang-undang larangan merokok lebih ringan daripada diajukan Malaysia, memandangkan kadar perokok di sana jauh lebih rendah.

“Sebagai contoh, New Zealand mempunyai kadar perokok sekitar lima peratus, sementara Malaysia mencatat angka lebih tinggi pada kadar lebih 20 peratus. Maka, kerajaan Malaysia perlu lebih tegas agar akhirnya matlamat untuk melindungi rakyat dicapai sebaiknya.

“Sekarang kita ingin perkenalkan undang-undang yang melindungi mereka hingga akhir hayat. Jadi, kita kena agresif sikit dari segi penguatkuasaan undang-undang. Dan pada masa sama, pendidikan kita tetap teruskan.” katanya. - Getaran, 4 Ogos 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 3 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan