web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lawatan Nancy Pelosi Untuk Politik Tempatan AS - Penganalisis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2022 8:39PM

Pelosi (kiri) bergambar bersama Presiden Taiwan Tsai Ing-wen di pejabatnya di Taipei hari ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taiwan bukan bermotifkan kepentingan geostrategik antarabangsa, tetapi lebih untuk politik tempatan AS, yang bakal berdepan pemilihan November nanti.

Geostrategis Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Dr Azmi Hassan berkata, walaupun pihak Demokrat dilihat menguasai kongres ketika ini, namun blok Republikan nampaknya berkemungkinan besar boleh mengungguli majoriti berkenaan.

Dr Azmi Hassan
Dr Azmi Hassan

Sehubungan itu, beliau berpendapat, lawatan terbabit digunakan oleh Demokrat untuk menunjukkan serta mempamerkan bahawa Presiden AS, Joe Biden dan Rumah Putih berani berhadapan dengan Presiden China, Xi Jinping dan negara China.

“Jadi kalau kita lihat reaksi di AS, pihak Republikan juga menyokong Nancy Pelosi dalam lawatan ke Taiwan dan Biden nampaknya, walaupun mengatakan beliau tidak mempunyai pilihan untuk menasihati Pelosi, tetapi sebenarnya sedikit sebanyak mendapat manfaat daripada lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS ini.

“Dan itu saya katakan sekali lagi bahawa ini adalah kepentingan politik tempatan AS terutama sekali ahli-ahli kongres atau pun barisan calon pilihan Demokrat yang akan bertanding mempertahankan kerusi mereka pada pemilihan November nanti,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Nancy yang tetap meneruskan perjalanan ke Taiwan meskipun berdepan amaran termasuk ancaman tindakan ketenteraan.

Ketibaan Pelosi disambut Menteri Luar Taiwan Joseph Wu sebaik beliau mendarat di Lapangan Terbang Taipei Songshan, lapor Agensi Anadolu.

Mengulas lanjut, Azmi menjelaskan, lawatan Pelosi ke Taiwan sama sekali tidak memiliki kepentingan geostrategik global bagi AS.

“Kepentingan geostrategik kepada China (sebaliknya) adalah amat besar kerana China boleh mempamerkan (bahawa) mereka tidak bersetuju dengan lawatan itu. Kita tahu apa pameran atau persepsi yang telah dibuat (iaitu) adalah latihan ketenteraan di sekeliling Taiwan.

“Jadi China menggunakan isu ini menunjukkan bahawa tekanan dari AS dan negara Tembok Besar itu berani berhadapan dengan AS, itu dari segi kesan geopolitik dan geostrategi antarabangsa,” katanya lagi.

Sementara itu, penganalisis Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata, politik tempatan berkemungkinan menjadi sebab utama Pelosi membuat perjalanan tersebut, iaitu supaya beliau dan partinya mendapat imej sebagai pihak yang bangkit ke atas China.

Oh Ei Sun
Oh Ei Sun

Namun tambahnya, sama ada langkah tersebut memadai untuk mencapai kemenangan bagi Demokrat, ia masih belum dapat dilihat.

“Lawatan itu menimbulkan ketegangan yang memuncak di rantau ini. Kita hanya boleh berharap bahawa ia tidak merosot kepada konflik bersenjata kerana itu akan membahayakan perdagangan dan pembangunan ekonomi di rantau ini.

Ditanya berhubung peranan yang boleh dimainkan Malaysia bagi ‘mengendurkan’ keadaan tersebut, Ei Sun memberitahu, sebagai sebuah negara bersaiz sederhana, tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menyelesaikannya.

“Malaysia hanya boleh terus mencuba untuk menggalakkan perdagangan dan pelaburan dari kedua-dua negara,” katanya. - Getaran, 3 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar