web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sindiket Penipuan Makin Berkuasa, BNM Dianggap 'Harimau Kertas'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2022 4:47PM

Lee Chean Chung (dua dari kanan) pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini. - Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Bank Negara Malaysia (BNM) digesa memperbaiki kelemahan sistem keselamatan perbankan dengan kadar segera susulan kehilangan wang berjumlah RM98,900 dari akaun Tabung Haji (TH) milik seorang mahasiswa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung berkata, lebih mengecewakan apabila kehilangan tersebut sama sekali tidak disedari mangsa walaupun melibatkan tiga transaksi dalam talian, kerana dia tidak pernah menerima nombor pin khas (OTP) untuk pengeluaran berkenaan.

Menurut beliau, kelemahan yang wujud itu perlu dipandang serius kerana sindiket penipuan tersebut mampu mengaktifkan serta menyambungkan akaun TH mangsa kepada akaun bank lain.

“Selepas laporan polis dibuat, mangsa juga dimaklumkan oleh pegawai penyiasat bahawa bank hanya memberi butiran penerima akaun selepas satu atau dua bulan. Bukankah tempoh itu terlalu tidak munasabah dan akan merumitkan siasatan pihak penguatkuasa.

“Adakah BNM lalai membuat kawalan seliaan supaya institusi perbankan sentiasa dilengkapi dengan teknologi keselamatan terkini,” katanya menerusi sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Chean Chung menegaskan, institusi kewangan kerajaan dan agensi berkaitan perlu memikul amanah yang lebih tinggi dalam menjaga serta mempertahankan harta atau simpanan milik rakyat.

Bank milik kerajaan dan badan berkanun jelasnya, perlu memain serta memperkukuh peranan sosial berbanding dengan institusi kewangan swasta.

“Dalam hal ini, jelas sindiket berkenaan sudah tidak takut kepada BNM yang hanya dianggap sebagai harimau kertas sahaja.

“Lembaga TH merupakan institusi yang hanya berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik demi kebajikan jemaah haji Malaysia,” katanya.

Bagi menjawab keraguan jutaan pencarum, Chean Chung yang juga Penasihat Kumpulan Sokongan Mangsa-Mangsa Penipuan Kewangan Online menggesa Lembaga TH tampil untuk memberikan penjelasan terhadap tahap keselamatan sistem perbankan atas talian.

“Sekiranya transaksi tersebut dibuktikan telah lulus tanpa kebenaran pencarum, ganti rugi yang setimpal sewajarnya diberikan.

“Seramai sembilan juta pencarum meletakkan simpanan mereka dengan harapan ia mampu diuruskan dengan cekap dan selamat supaya mereka dapat menyempurnakan urusan jemaah ke arah memperoleh haji mabrur,” katanya. - Getaran, 3 Ogos 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad