Berita Terkini

3 jam yang lalu: SUKMA: Pengguguran acara tidak dapat dielakkan - MSN 3 jam yang lalu: Pejabat Hal India akan dibuka di Kuala Lumpur 6 jam yang lalu: 16 terkorban, 36 hilang dalam banjir kilat di China 8 jam yang lalu: Transformasi budaya kerja di KKM atasi isu buli - Khairy 8 jam yang lalu: Lelaki ditahan disyaki menyamar Raja Muda Perak

IKUTI KAMI


4 Soalan Apandi Ali Dijawab, Malaysia Perlu Patuhi Perjanjian Dengan Singapura – Tun M

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2022 3:27PM

Isu Pulau Batu Puteh adalah antara perkara yang dijawab oleh Dr Mahathir menerusi Twitter hari ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ditarik semula bagi mematuhi perjanjian dengan Singapura, iaitu kedua-dua pihak harus menerima segala keputusan yang ditetapkan mahkamah dalam perkara itu.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perjanjian yang sama dibuat antara Malaysia dan Indonesia berhubung kedudukan Pulau Sipadan serta Pulau Ligitan.

“Jika Malaysia tidak mematuhi perjanjian dengan Singapura ini, maka Indonesia juga boleh berbuat yang sama dengan menuntut Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi menjawab empat persoalan yang ditimbulkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu berkata, janji dibuat di peringkat antarabangsa oleh sebuah negara berdaulat perlu ditunaikan dan digalas sebagai amanah.

Kegagalan berbuat demikian katanya, akan menghilangkan kredibiliti Malaysia.

“Lagipun Malaysia mempunyai ‘Middle Rock’ yang boleh ditebus guna sehingga menjadi pulau besar seperti dilakukan dengan Pulau Layang-Layang,” katanya.

Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail
Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Dr Mahathir berkata, kes Pulau Batu Puteh bermula dengan kesalahan dilakukan pegawai kerajaan Johor yang menafikan bahawa pulau berkenaan adalah milik negeri tersebut.

“Malaysia seharusnya mengemukakan sebarang fakta baharu yang dimiliki kepada ICJ semasa membuat pembentangan bahawa pulau berkenaan adalah hak milik negara,” katanya.

Mengulas mengenai arahan diberikan kepada Tan Sri Tommy Thomas untuk menjawab surat tuntutan ke atas Sabah oleh pewaris Kesultanan Sulu, Dr Mahathir berkata, tuntutan ke atas Negeri Bawah Bayu itu dibuat apabila Malaysia menghentikan bayaran tahunan, kononnya kerana serangan dibuat waris kesultanan tersebut ke atas Lahad Datu.

“Semasa bayaran diteruskan mengikut perjanjian tidak ada masalah dengan pewaris. Tuntutan tersebut dibuat ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

“Kerajaan BN ketika itu tidak bertindak untuk menolak bidang kuasa mahkamah Sepanyol atau membayar balik bayaran yang dihentikan, malah tidak ada bukti yang tindakan Najib dipersetujui Peguam Negara pada masa itu atau Kabinet. Najib bertindak tanpa mengikuti proses pentadbiran,” tegasnya.

Mohamed Apandi Ali - Gambar fail
Mohamed Apandi Ali - Gambar fail

Ditanya mengapa pemecatan Apandi sebagai Peguam Negara dibuat secara tidak sah, Dr Mahathir berkata, keputusan seumpama itu dibuat bertitik tolak daripada penghakiman beliau sendiri yang memutuskan bahawa Najib tidak melakukan sebarang kesalahan melibatkan pengurusan 1MDB.

“Seluruh dunia tahu mengenai kesalahan dalam kes terbabit dan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) turut menyatakan secara terbuka terdapat kecurian wang 1MDB oleh "MO1", iaitu Najib, selain keputusan yang dibuat mahkamah sehingga peringkat Mahkamah Rayuan.

“Semua ini menunjukkan Apandi cuai atau sengaja mendakwa Najib tidak melakukan sebarang kesalahan supaya kes berkenaan tidak dibicarakan di mahkamah. Perbuatan Apandi menunjukkan dia tidak berpegang kepada peraturan perundangan. Beliau tidak sesuai menjadi Peguam Negara dan memang kerajaan berhak untuk menamatkan (perkhidmatan) pegawai yang membuat keputusan yang jelas salah,” jelasnya.

Ahli Parlimen Langkawi itu turut mendesak Apandi memberikan bukti kukuh apabila mendakwa kesemua anaknya bergelar jutawan ketika beliau menggalas portfolio Perdana Menteri.

“Sebenarnya, anak-anak saya tidak pun dibenar berniaga dengan kerajaan atau menyertai parti kerajaan. Jika ada anak yang jadi jutawan, sila beri bukti akan tarikh gelaran ini diberikan kepada mereka, serta bukti kejutaan mereka.

 “Jika tidak ada bukti, saya anggap kenyataan ini adalah fitnah dan saya berhak bertindak mengikut undang-undang,” tegasnya. – Getaran, 3 Ogos 2022.

Sorotan

1

'Hidup Saya, Kebebasan Dan Hak Untuk Perbicaraan Adil Jadi Pertaruhan' - Najib

2

LTAT Tak Harus Digunakan Sebagai Alat Kerajaan Jalankan Projek Strategik

3

Tak Pergi Konsert, Pemuda Ini Bertuah Bila Billie Eilish Lepak Tempat Kerja Siap Bergambar!

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ahli Perniagaan Mengaku Tidak Bersalah Ubah Wang Haram RM2.04 Juta

Semasa 1 hari yang lalu

Bukan Sekadar Bising Berlebihan, Kimia Industri Punca Pekerja Hilang Pendengaran?

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Jangan Membisu, Scammer Touch ’n Go eWallet Semakin Berleluasa

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Pengerusi Pertama DAP Meninggal Dunia