web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengurusan Mitigasi Banjir KL Belum Capai Objektif - Laporan Audit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2022 2:44PM

Terdapat kelemahan dalam pengurusan program mitigasi banjir fasa jangka pendek (2018-2022). - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengurusan mitigasi banjir Kuala Lumpur masih belum mencapai objektif ditetapkan berdasarkan skop dan sampel Audit meliputi enam daripada 23 atau 26.1 peratus projek mitigasi banjir di bawah Pelan Induk dan lokasi hotspot (titik panas) banjir kilat.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 1, cadangan langkah mitigasi banjir fasa jangka pendek (2018-2022) di bawah Pelan Induk belum dilaksanakan sepenuhnya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sekali gus menyebabkan masalah banjir kilat belum dapat diatasi.

“Selain itu, masih berlaku kejadian banjir kilat selepas projek mitigasi banjir dilaksanakan.

“Terdapat kelemahan dalam pengurusan program iaitu, pelantikan kontraktor yang tidak teratur, kelemahan pentadbiran kontrak, penyelenggaraan yang tidak dilaksanakan dengan cekap, komponen dan konfigurasi kolam takungan banjir dan rekreasi tidak sempurna serta kolam takungan belum diwartakan,” menurut laporan itu.

Justeru, LKAN mengesyorkan DBKL agar melaksanakan mitigasi banjir secara seimbang dan konsisten dengan mengambil kira keperluan cadangan perunding dalam Pelan Induk dan keperluan pelaksanaan projek hotspot banjir supaya pelaksanaan program mitigasi banjir menjadi lebih menyeluruh dan holistik.

LKAN juga mengesyorkan pihak berkuasa tempatan (PBT ) itu melaksanakan penilaian pencapaian keberhasilan berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard bagi memastikan program mitigasi dapat dinilai dari segi keberkesanannya menangani banjir.

“Kajian semula komponen dan konfigurasi kolam takungan banjir dan rekreasi milik DBKL serta melaksanakan kerja penyenggaraan secara berjadual dan menyeluruh bagi memastikan kolam takungan banjir berfungsi secara optimum,” menurut laporan itu.

Audit turut mengesyorkan DBKL  mengemas kini rekod aset atau infrastruktur sungai, kolam takungan banjir dan rekreasi serta menambahbaik kaedah pemantauan di lapangan semasa melaksanakan kawal selia terhadap projek dan penyelenggaraan yang dilaksanakan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 3 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar