web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BERNAS Tawar Bekalan Beras Selama Setahun Kepada Pengunjung Bertuah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2022 10:22AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) dalam meneruskan tradisinya menyertai pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) di MAEPS, Serdang bakal menganjurkan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menjanjikan hadiah menarik kepada pengunjung.

BERNAS dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengunjung ke pameran yang bermula esok hingga 14 Ogos itu berpeluang memenangi bekalan beras percuma selama setahun iaitu hadiah utama dalam pertandingan Teka Berat Beras yang akan dianjurkan di Dewan A, pusat pameran itu.

“Tempat kedua akan memenangi bekalan beras untuk enam bulan dan tempat ketiga pula bakal memenangi bekalan beras selama tiga bulan,” menurut kenyataan itu.

Jelas BERNAS, pengunjung hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah dan meneka berat satu replika beras yang terletak di ruang pameran itu untuk memenangi hadiah berkenaan.

Pada masa sama, syarikat itu juga akan menganjurkan pertandingan gambar kreatif bertemakan gambar beras atau padi melalui platform media sosial yang turut menawarkan hadiah lumayan berbentuk wang tunai sehingga RM1,000.

Bukan itu sahaja, pengunjung turut berpeluang menguji kekuatan fizikal untuk mengangkat kampit beras dalam pertandingan Badang BERNAS pada 2 petang, 13 Ogos nanti.

Menurut kenyataan itu juga, sempena MAHA 2022 bertemakan ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan’ itu, BERNAS akan mempamerkan informasi menarik mengenai tanggungjawabnya melestarikan industri padi negara.

Orang ramai yang berkunjung ke tapak pameran BERNAS di Laman Padi pula boleh menikmati keenakan juadah bubur lambuk istimewa selain singgah ke Kilang Padi Mini BERNAS yang akan mendemonstrasikan pemprosesan padi. - Bernama
 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad