web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mufti Baharu Perak, Wan Zahidi Mahu Teruskan Legasi Allahyarham Harussani

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 12:22PM

Wan Zahidi Wan Teh - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Mufti Perak yang baharu, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berhasrat untuk meneruskan legasi bekas mufti Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria dalam mempertahankan kesucian agama Islam di negeri ini.

Wan Zahidi, 80, yang tiba pada kira-kira pukul 8.30 pagi di Jabatan Agama Islam Perak di sini bagi memulakan tugas hari pertamanya berkata beliau bersyukur dan terharu apabila menerima Watikah Pelantikan dari Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi jawatan tersebut, Sabtu lepas.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk pulang semula ke negeri ini dan berkhidmat dalam mengembangkan syiar Islam dan menangani segala isu melibatkan agama Islam.

“Saya dan arwah (Harussani) merupakan sahabat lama sejak beliau dilantik menjadi mufti. Kami sering berjumpa di program ceramah dan berasa sangat terharu untuk meneruskan legasi beliau. Saya ingin mengikuti langkahnya,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau yang berasal dari Gerik, merupakan seorang tokoh pemikir Islam yang memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.

Wan Zahidi pernah menjawat pelbagai jawatan penting seperti Pakar Perunding Yayasan Dakwah Islamiah, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Mufti Wilayah Persekutuan dan Felo Kehormat Kanan Universiti Islam Malaysia.

Pada 30 Mei 2021, Harussani, 82, yang dilantik sebagai Mufti Perak sejak 1985 meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini semasa mendapatkan rawatan kerana jangkitan COVID-19. - Bernama
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad