Berita Terkini

17 minit yang lalu: Bekas pengarah urusan BNS Ahmad Ramli Mohd Nor didakwa di Mahkamah Sesyen KL atas tiga tuduhan pecah amanah berjumlah RM21 juta berhubung projek LCS 42 minit yang lalu: Kerajaan akan perkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen bagi terjemah konsep pengasingan kuasa- PM 44 minit yang lalu: Penjawat awam perlu bekerja sebagai satu Keluarga Malaysia, henti budaya silo - PM 44 minit yang lalu: Penjawat awam perlu pertahan kerajaan dari berita tidak benar - PM 3 jam yang lalu: Shaqeem Izwan raih emas dalam Boling Remaja Asia

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen Perlu Tunjuk Keberanian, Sokong RUU Wujudkan Generasi Bebas Rokok

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 7:34AM

Kebimbangan bahawa larangan tembakau bagi generasi yang lahir selepas 1 Januari 2007 akan mencetuskan masalah berkaitan pelanggaran kebebasan peribadi kelak adalah tidak berasas. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usaha Kementerian Kesihatan dalam mewujudkan generasi ‘bebas rokok’ menerusi Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 wajar diberi sokongan jitu oleh semua Ahli Parlimen merentasi jurang politik.

Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia (JKPM) dalam kenyataannya memaklumkan Ahli Parlimen perlu menunjukkan kesungguhan politik yang berani dan semangat kenegarawan yang tinggi dalam membantu melaksanakan rang undang-undang itu bagi mencipta legasi kesihatan yang benar-benar berkesan serta berkekalan untuk negara.

Katanya kebimbangan bahawa larangan tembakau bagi generasi yang lahir selepas 1 Januari 2007 iaitu Generasi Penamat (GEG) akan mencetuskan masalah berkaitan pelanggaran kebebasan peribadi kelak adalah tidak berasas.

“Penggunaan tembakau bukan seperti pengambilan makanan manis atau minuman beralkohol justeru perbandingan tersebut tidak relevan. Selain itu, tidak ada tahap merokok yang selamat dan ia membahayakan alam sekitar dan orang yang tidak bersalah di sekitarnya.

“Justeru, JKPM menggesa semua Ahli Parlimen untuk merebut peluang ini dan memastikan tempat mereka dalam sejarah dengan berani menyokong cadangan larangan tembakau GEG berperingkat ini. Kerajaan juga perlu memastikan penguatkuasaan undang-undang yang tegas, adil, konsisten dan berterusan,” menurut kenyataan itu.

JKPM turut menekankan bahawa pelaksanaan undang-undang pencegahan itu dilihat tepat pada masanya dalam membawa perubahan dan memberi manfaat kepada generasi masa hadapan.

Pengerusi Biro Wanita, Keluarga dan PENAWAR Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Kebangsaan, Datuk Jamelah A Bakar pula berkata negara perlu mempunyai rang undang-undang khas berhubung produk tembakau serta tabiat merokok, dan bukannya sekadar dimasukkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau sedia ada.

“PEMADAM menyeru kepada semua Ahli Parlimen agar menyokong rang undang-undang yang telah dibentangkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Ia adalah untuk menjamin kesihatan awam dan melindungi rakyat kita serta keluarga Malaysia daripada ancaman bahaya produk merokok,” menurutnya dalam kenyataan.

Semalam, Khairy memaklumkan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang bertujuan mewujudkan GEG atau individu lahir 1 Januari 2007 dan seterusnya bebas merokok, tidak akan menjejaskan ekonomi negara.

Khairy berkata berdasarkan kajian mendalam yang dijalankan pihaknya, industri tembakau hanya memberi kesan sebanyak 0.18 peratus sahaja terhadap keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pada 27 Julai lepas, beliau membentangkan rang undang-undang itu, yang melarang individu lahir pada 2007 dan seterusnya merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau peranti merokok untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. - Bernama

Sorotan

1

Komunikasi Seksual: Kes Safiey Ilias Dipindah Ke Mahkamah Ampang

2

Kertas Putih Sepatutnya Jadi Kenyataan Kolektif Pembaharuan Sistem Kesihatan Negara - Khairy

3

'Kalau Orang Lain, Pasti Mereka Akan Saman Kamu' - Ini Jawapan Azhar Sulaiman Buat Nor Azira 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Peguam Najib Persoal Hakim Perbicaraan Kes SRC International

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Lemah Landa Kundasang

oleh Fitri Nizam

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Terowong Dasar Laut: DAP Tak Nak Buat Siasatan PAC? - Najib

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 1 hari yang lalu

Dipaksa Melacur Tanpa Bayaran, Polis Selamatkan Wanita Asing

oleh Rubini Nagarajah