web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khalid Ibrahim Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 11:45PM

Allahyarham Khalid Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Cardiac Vascular Sentral dekat sini pada jam 11.08 malam tadi.

Perkara itu disahkan menerusi satu hantaran di laman rasmi Facebook milik Allahyarham.

Pengendali akaun Facebook tersebut memaklumkan, Allahyarham pergi dengan tenang dan disaksikan semua ahli keluarganya. 

Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23 April lalu akibat jangkitan pada injap jantung. 

Beliau meninggalkan seorang isteri, empat anak dan dua cucu.

 

ADMIN 31 Julai 2022/ 2 Muharram 1444H Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dukacita dimaklumkan Ybhg Tan Sri...

Posted by Abdul Khalid Ibrahim on Sunday, July 31, 2022

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Sejurus usai di Masjid Umar Al Khattab, jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi memberi peluang kepada rakyat di Selangor untuk memberikan penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah.

Atas titah dan limpah kurnia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, jenazah akan disemadikan di Makam Di Raja Shah Alam.

“Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT khusus buat Allahyarham semoga Allah SWT memperkenan doa kita,” katanya. – Getaran, 31 Julai 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 39 minit yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 20 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad