web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hasil Siasatan ST, TNB Tentukan Kelayakan Pelanggan Dapat Rebat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 7:11PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan muktamad kelayakan pelanggan terjejas akibat gangguan elektrik pada Rabu lalu untuk mendapat rebat, tertakluk kepada hasil siasatan dijalankan Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ST dan TNB masih lagi menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut yang melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung.

Katanya, siasatan tersebut dijangka selesai dalam tempoh sebulan daripada tarikh kejadian gangguan elektrik itu.

“Selain memastikan punca dan kesan gangguan, siasatan tersebut turut meneliti dan menentukan sama ada kejadian itu mematuhi Standard Prestasi Perkhidmatan (GSL) TNB atau sebaliknya.

“Ini seterusnya akan menjadi asas penentuan sama ada pelanggan yang terlibat layak diberikan rebat atau tidak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, GSL merupakan dokumen yang telah ditetapkan oleh ST dalam memastikan kualiti bekalan elektrik dan perkhidmatan yang diberikan TNB dalam keadaan yang terbaik.

Katanya, sekiranya pihak TNB gagal mematuhinya, penalti akan dikenakan dalam bentuk rebat kepada pengguna terlibat.

“GSL diwujudkan bagi menjaga kepentingan pengguna dan meningkatkan prestasi perkhidmatan TNB.

“Standard Prestasi Perkhidmatan bekalan elektrik ini boleh didapati di laman sesawang ST,” katanya.

Dalam kejadian Rabu lalu, sekitar sejuta pengguna di beberapa negeri di Semenanjung dilaporkan terjejas berikutan gangguan bekalan elektrik yang tercetus bermula jam 12.39 tengah hari.

Bagaimanapun, tambah Takiyuddin, bekalan elektrik dapat dipulihkan secara berperingkat seawal 20 minit hingga 2 jam 21 minit, iaitu tidak melebihi GSL terkini yang telah diluluskan pada 22 September 2020. - Getaran, 31 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Zara Qairina: PM Arah Siasatan Terbuka, ‘Tiada Tempat Untuk Pembunuh!’

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Audio Perbualan Tular, Zara Dedah Ketakutan Terhadap ‘Kakak M’

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kehadiran Ibu Zayn Rayyan Di Lokasi Mayat Ditemui Sebahagian Daripada Siasatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 19 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad