web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


111 Bakal Jemaah Haji Terkandas Kemuka Tuntutan Sivil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 5:24PM

Kira-kira 380 bakal jemaah haji yang menggunakan visa furada terkandas di KLIA dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 111 bakal jemaah haji ‘visa furada’ yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini, mengemukakan tuntutan sivil terhadap sebuah syarikat agensi pelancongan didakwa melakukan penipuan haji dalam masa terdekat.

Tuntutan sivil dianggarkan RM3 juta itu yang berserta ganti rugi emosi dan teladan, dibuat melalui firma guaman Tetuan Toriq Seth and Partner.

Peguam, Muhammad Nazrin Mohd Seth berkata, pihaknya sedang melakukan persiapan sewajarnya bagi tuntutan sivil berkenaan.

“Jemaah haji melantik saya untuk membuat tuntutan sivil di Mahkamah Tinggi untuk mendapat kembali kerugian lebih kurang RM3 juta,” katanya pada sidang media berhubung tuntutan berkenaan hari ini.

Getaran baru-baru ini melaporkan, kira-kira 380 bakal jemaah haji yang menggunakan visa furada terkandas di KLIA dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta.

Susulan itu, lima individu terdiri dua lelaki dan tiga wanita ditahan dalam serbuan di beberapa lokasi di ibu negara pada 8 Julai lalu.

Muhammad Nazrin memberitahu, pihak jemaah turut mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana pihak umum atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyalurkan sebarang jenis bantuan kepada mereka.

Beliau menambah, pihak jemaah menggesa kerajaan, terutama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melaksanakan kuasanya seperti diperuntukkan dalam Akta Industri Pelancongan 1992.

“Siasatan boleh dijalankan pihak MOTAC selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 41 akta tersebut. Ini antara perkara kita hendak tahu dan lain-lain.

“Lesen agensi pelancongan juga boleh digantung atau dibatalkan di bawah Seksyen 8 akta berkenaan,” tambahnya. - Getaran, 31 Julai 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad