web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas KP Jakim Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1444h/2022M

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 7:30AM

Tan Sri Othman Mustapha (kiri) dan Datuk Dr Othsman Hassan (kanan) bersama pingat yang diterima pada Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H dan Majlis Bacaan Yasin Hari Pahlawan Tahun 2022 di Masjid Wilayah Persekutuan malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha diumumkan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M.

Menteri Kanan Hal Ehwal Islam Kemboja, Datuk Dr Othsman Hassan pula diumumkan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah Antarabangsa. 

Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena majlis sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan dan majlis bacaan Yasin sempena Hari Pahlawan 2022 di Masjid Wilayah Persekutuan di sini.

Penganugerahan itu menyaksikan kedua-dua tokoh berkenaan menerima pingat dan sijil penghargaan.

Othman, 66, yang dilahirkan di Tumpat, Kelantan mendapat pendidikan awal di Maahad Muhammadi Kota Bharu sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Islam (Syariah) Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1982.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Jakim dari April 2011 hingga 2018 dan Pegawai Atase Agama, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada 1992 hingga Jun 1997.

Sementara itu, Othsman, 68, yang dilahirkan di Kampung Trapaing Chouk, Wilayah Kompong Thom, Kemboja, merupakan tokoh yang dihormati di peringkat nusantara mahupun antarabangsa berikutan sumbangannya dalam pembangunan Islam di Kemboja.

Beliau kini merupakan Presiden Pusat Islam Phnom Penh (PPIC) dan Naib Presiden Jawatankuasa Pemandu Halal Kemboja. - Bernama
 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar