Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Pembuli Tak Semestinya Ada Gangguan Mental Tapi…

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 7:00AM

Pembuli tidak semestinya pernah menjadi mangsa atau menghadapi masalah mental. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ada pembuli pernah bergelar mangsa tetapi individu terbabit tidak semestinya menghadapi masalah mental.

Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Prof Datuk Dr Andrew Mohanraj mendedahkan, dalam kebanyakan kes, pelaku mungkin menghadapi masalah personaliti atau gejala keperibadian yang mendorong mereka membuli orang lain.

“Bagi sesetengah kes, pembuli sendiri pernah menjadi mangsa dan keperibadian mereka terjejas akibat peristiwa hitam itu.

“Hakikatnya buli adalah tentang mempamerkan kuasa. Ia adalah satu cara untuk memangsakan  seseorang yang dianggap lemah,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Bagaimanapun, Dr Andrew meluahkan kebimbangannya mengenai trend budaya buli di tempat kerja yang semakin meruncing ketika ini.

Katanya, peningkatan kes buli itu dikhuatiri boleh menyumbang kepada lebih banyak masalah gangguan mental seperti depresi (kemurungan klinikal), anxiety (kecelaruan keresahan) dan juga kecenderungan bunuh diri.

“Malangnya, buli di tempat kerja adalah sangat ketara. Membuli sudah menjadi kebiasaan dalam sesebuah organisasi bahkan diterima sebagai sebahagian daripada budaya di tempat kerja.

“Ada kalanya buli di tempat kerja berlaku selepas kes gangguan seksual yang gagal atau apabila pekerja tidak bertindak balas terhadap pendekatan romantis bos,” katanya.

Dr Andrew berkata, situasi itu menyebabkan mangsa dibuli dengan pelbagai tindakan, antaranya dihalang maju dalam organisasi atau difitnah dengan niat untuk merosakkan reputasi mereka.

Secara tidak langsung, katanya, mangsa turut diberikan banyak kerja daripada kebiasaan atau diminta bekerja lebih masa.

“Seseorang pekerja juga boleh dipaksa melakukan kerja di luar kepakarannya sehingga gagal memenuhi kehendak majikan.

“Dengan kaedah bekerja dari rumah (BDR), buli berkaitan dengan pekerjaan juga boleh berlaku secara atas talian,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, setakat ini tiada statistik jelas mengenai gejala buli di tempat kerja memandangkan terdapat banyak kes tidak dilaporkan.

Katanya, ini kerana kebanyakan mangsa cenderung untuk menyembunyikan kes itu atas sebab enggan hilang pekerjaan.

“Kadang-kadang pekerja yang dibuli tidak menyedari bahawa mereka adalah mangsa. Jadi lebih baik pekerja membiasakan diri dengan dasar organisasi. Kebanyakan syarikat mempunyai dasar yang ditetapkan dengan saluran pelaporan.

“Namun kami melihat dalam beberapa tahun kebelakangan ini peningkatan ketara dalam panggilan pertolongan berkaitan buli di tempat kerja walaupun semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini menunjukkan buli juga boleh berlaku semasa bekerja di rumah,” katanya.

Sementara itu, Pakar Kriminologi Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nazirah Hassan berkata, risiko buli boleh meningkat akibat kelemahan kepimpinan.

Katanya, kepimpinan laissez faire dan autokratik meningkatkan risiko buli sehingga empat kali ganda.

“Menurut kajian, faktor yang menyumbang kepada buli di tempat kerja adalah kerana tekanan kerja, beban kerja, kelemahan kawalan dan kelemahan pengetahuan atau kesedaran mengenainya.

“Gejala buli juga meningkat di tempat kerja yang membudayakan buli. Contohnya, budaya gosip, menyebar fitnah dan memberi beban kerja berlebihan kepada pekerja muda atau baru,” katanya.

Jelasnya, kajian menunjukkan bahawa masalah kecelaruan tingkah laku yang dikaitkan dengan buli boleh ditunjukkan seawal sebelum kanak-kanak mencapai usia lapan tahun.

“Masalah kecelaruan tingkah laku boleh dicirikan menerusi simptom seperti agresif, sukar mengawal kemarahan, cenderung menyalahkan orang lain, tiada empati, dan menghadapi kesukaran mengekalkan perhubungan.

“Kajian turut mengaitkan pembuli dengan ciri-ciri narsisisme iaitu mengambil kesempatan dan merasakan mempunyai kuasa untuk memanipulasi atau menjatuhkan individu lain,” katanya.

Menurut beliau, gejala buli di tempat kerja juga boleh menyumbang kepada kemerosotan prestasi kerja, masalah kesihatan yang lebih serius dan kecederaan fizikal.

“Mangsa cenderung mengambil bahan terlarang, mengalami burn out, tekanan, kebimbangan, kemurungan dan pelbagai kesan emosi. Lebih membimbangkan, mereka mungkin hilang keyakinan diri dan jika berlarutan (mangsa) boleh terfikir ingin bunuh diri.

“Buli juga boleh menyebabkan segelintir mangsa memilih untuk berhenti kerja dan menganggur dalam tempoh yang lama akibat trauma dialami atau kesukaran mendapat kerja baru. Ini mengganggu kualiti kehidupan individu secara keseluruhan,” katanya.

Justeru Nazirah berkata, bagi membendung budaya tidak sihat itu, majikan perlu mempunyai kesedaran dan memahami tingkah laku buli di tempat kerja.

“Setiap syarikat harus meningkatkan pemantauan, memperkasa pekerja dan melaksanakan langkah pencegahan termasuk mewujudkan peraturan yang jelas tentang larangan membuli.

“Majikan juga perlu bertindak tegas dan tidak bertoleransi dengan budaya tersebut. Toleransi inilah yang menyebabkan buli menjadi budaya dan amalan segelintir pekerja,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, buli di tempat kerja berlaku dalam pelbagai bentuk seperti hasil kerja dicuri atau disabotaj, dimalukan atau dipulaukan rakan sepejabat.

Katanya, walaupun bukan secara fizikal, gejala buli yang dilakukan melalui pertuturan dan gangguan emosi boleh mendatangkan kecederaan kepada emosi seseorang."Apa yang mengejutkan, Malaysia berada di tangga keenam tertinggi di dunia dan kedua di Asia dalam masalah buli terutamanya dalam buli siber.

"Mungkin juga ramai pembuli tidak tahu bahawa sebarang kandungan berniat jahat di Internet dengan tujuan mengganggu, memprovokasi, mengancam atau menyalah guna adalah suatu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya. - 29 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 minggu yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Kesian Dia, Semoga Cepat Dapat Rawatan...

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Ibu Kepada Remaja Ditemukan Lemah Di Masjid Buat Laporan Polis

4

TARA 3 bulan yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Penternak Ikan Air Tawar Berdepan Risiko Kerugian Akibat Cuaca Panas

Semasa 1 hari yang lalu

Henti Ambil Kesempatan Isu Stoking Kalimah Allah - Agong

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Dunia Alu-Alukan Penerimaan Resolusi Gencatan Senjata Di Gaza

Pendidikan 1 hari yang lalu

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina