web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berita Khalid Ibrahim Meninggal Dunia Disahkan Palsu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 10:39PM

Khalid Ibrahim - Gambar dari FMT

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hebahan kononnya bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah meninggal dunia disahkan sebagai palsu.

Perkara tersebut dinyatakan bekas Setiausaha Politik beliau, Faekah Husin yang berkongsi hantaran dimuat naik pengendali laman rasmi Abdul Khalid di Facebook.

Menurut hantaran itu, bekas Menteri Besar tersebut masih menerima rawatan di hospital.

“Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim masih menerima rawatan di Hospital. 

“Justeru, berita yang tersebar deras awal malam ini bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah meninggal dunia adalah TIDAK BENAR,” kata hantaran berkenaan.

Pengendali laman tersebut juga meminta sebarang sebaran berita tidak benar dihentikan bagi menjaga sensitiviti keluarga yang sedang berhadapan dengan situasi sukar.

“Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan urusan buat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” katanya. 

Abdul Khalid beberapa hari lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital bagi selepas mengalami beberapa komplikasi kesihatan. - Getaran, 28 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad