web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rang Undang-Undang Tukar Parti Dibentang Di Dewan Negara 9 Ogos

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 8:13PM

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti akan dibentang untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Negara 9 Ogos ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang),  Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihaknya berharap rang undang-undang tersebut dapat dikuatkuasakan bermula pada minggu pertama September iaitu berdasarkan garis masa ditetapkan. 

"Undang-undang ini bermula dengan apabila dilulus oleh Dewan Negara (kemudian) kita akan persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan apabila Duli Tuanku telah berkenan dan dikembalikan kepada kita semula. 

"Kemudian kita memohon dengan Duli Tuanku untuk melaksanakan rang undang-undang ini, permohonan Ahli-ahli Parlimen adalah disegerakan. Apa yang di bawah kawalan kita insya-Allah kita buat yang terbaik," katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata rang undang-undang ini memberikan kebebasan kepada negeri-negeri sama ada mahu menerima guna (adopt) rang undang-undang tersebut atau tidak.

“Sepertimana undang-undang undi 18, negeri boleh mahu menggunakan usia 18 tahun untuk calon atau tidak, kita berikan kebebasan untuk negeri adopt RUU ini, walaupun ada undang-undang yang boleh kita gunakan untuk negeri menggunakannya. 

“Sekarang empat negeri telah ada undang-undang ini -  Kelantan, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang. Ada sembilan lagi negeri, jika negeri ini merasakan ini adalah yang terbaik, kita harap mereka akan gunakan,” katanya.

Namun katanya, pihaknya akan menjalankan sesi libat urus dengan pihak kerajaan negeri bagi memujuk negeri mewartakan rang undang-undang itu.

Antara peruntukan yang dimasukkan ke dalam rang undang-undang itu ialah kuasa Yang di-Pertuan Agong, boleh dengan kebenaran ketua negeri untuk menjadikan undang-undang ini terpakai di peringkat negeri menerusi pewartaan.

Wan Junaidi turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan rang undang-undang berkenaan termasuk Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara.

Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti atau lebih sinonim dengan istilah ‘lompat parti’ mendapat sokongan lebih dua pertiga ahli dewan hari ini, sekali gus melakar sejarah yang mengubah landskap politik tanah air.

Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 itu memperoleh masing-masing sokongan 209 daripada 220 Ahli Parlimen selepas dua kali undi belah bahagian dilakukan, manakala 11 lagi Ahli Parlimen tidak hadir. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek