Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Indonesia Tarik Semula Sekatan Pekerja Ke Malaysia 1 Ogos

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 5:31PM

Saravanan mengingatkan majikan yang mana kuota pekerja warga asing mereka telah diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia supaya segera membuat bayaran levi kepada Jabatan Imigresen Malaysia. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Indonesia akan menarik balik sekatan kemasukan tenaga kerjanya ke Malaysia berkuatkuasa 1 Ogos, dengan sistem pengambilan sedia ada pekerja Perkhidmatan Domestik Indonesia (PDI) diintegrasi antara Jabatan Imigresen Malaysia dan Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata integrasi sistem itu akan berperanan sebagai saluran tunggal pengambilan dan kemasukan PDI ke Malaysia seperti yang dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman PDI (MoU PDI) sebelum ini.

"Sistem ini akan beroperasi dalam masa tiga minggu lagi di bawah pengawalseliaan Kumpulan Kerja Bersama Malaysia-Indonesia," katanya dalam kenyataan bersama rakan sejawat Indonesia Ida Fauziyah.

Beliau berkata satu projek rintis akan dilaksanakan bagi tempoh tiga bulan sebaik integrasi sistem selesai bagi memastikan sistem saluran tunggal ini beroperasi dengan lancar. 

Oleh yang demikian, pihak Indonesia bersetuju untuk menarik kembali sekatan kemasukan PDI dan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) ke Malaysia bermula 1 Ogos," kata Saravanan.

Pada 13 Julai, Indonesia memaklumkan mengenai keputusan membekukan sementara kemasukan semua pekerja negara itu ke Malaysia kerana tidak menggunakan sistem tunggal seperti yang dipersetujui sebelumnya.

Ini berikutan Jabatan Imigresen terus menggunakan System Maid Online (SMO) dalam urusan permohonan pembantu rumah warga asing oleh majikan, biarpun kedua-dua negara bersetuju menggunakan satu saluran iaitu OCS menerusi MoU PDI yang dicapai pada April lepas.

Saravanan percaya penyelesaian isu-isu dalam MoU PDI ini akan mendorong kepada kelancaran kemasukan pekerja warga Indonesia ke Malaysia dalam sektor pekhidmat domestik mahupun sektor lain yang dibenar untuk penggajian pekerja warga asing.

Justeru beliau mengingatkan majikan yang mana kuota pekerja warga asing mereka telah diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk segera membuat bayaran levi kepada Jabatan Imigresen Malaysia. 

Saravanan berada di Jakarta sempena mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama antara Malaysia dan Indonesia sebagaimana yang digariskan dalam MoU PDI yang telah selesai bersidang pada Rabu (27 Julai).

Mesyuarat itu telah membincangkan isu-isu dasar dan teknikal dalam pelaksanaan MoU PDI yang telah ditandatangani pada 1 April 2022.

Terdahulu, Ida berkata persetujuan bersama tentang langkah-langkah yang diperlukan penting untuk memastikan pelaksanaan MoU secara menyeluruh khususnya Sistem Satu Saluran (OCS).

Sebelum ini, Kumpulan Kerja Bersama itu telah menemui beberapa isu pelaksanaan daripada segi dasar dan teknikal yang boleh menjejaskan pelaksanaan MoU.

"Kami setuju untuk mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memastikan norma dan prosedur yang ditetapkan dalam MoU dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak dengan melibatkan agensi atau lembaga berkaitan dalam pemerintahan memasing-masing," katanya.

Beliau berkata keberkesanan pelaksanaan daripada komitmen yang dibuat dalam MoU itu juga penting sebelum Indonesia menghantar semula PDI ke Malaysia Ogos nanti. - Bernama
 

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lawatan PM ke Republik Kyrgyz, Perkukuh Hubungan 2 Negara

Semasa 13 jam yang lalu

Akaun 3 Untuk Teruskan Kelangsungan Hidup, Selesaikan Urusan Peribadi

oleh Diyana Nawwar

Semasa 13 jam yang lalu

PM Tiba Di Republik Kyrgyz Untuk Lawatan Rasmi 2 Hari

Semasa 1 hari yang lalu

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik