web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Kenaikan Cukai Di Selangor, Kerajaan Bersama Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 12:23PM

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor, Ng Sze Han

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor tidak menaikkan kadar cukai taksiran di negeri itu disebabkan negara baru sahaja beralih ke fasa endemik COVID-19 dengan sektor ekonomi baru dibuka.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, langkah itu juga dilaksanakan kerana masalah kadar inflasi makanan dan harga barang yang meningkat naik.

Tambahnya, kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) pada 13 Julai lalu membuat keputusan bahawa tiada kenaikan kadar cukai pintu di negeri berkenan di saat rakyat masih berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi ketika ini.

"Kerajaan negeri akan terus bersama rakyat Selangor dalam menghadapi cabaran ekonomi masa kini," katanya ketika menjawab pertanyaan Lee Kee Hiong (PKR-Kuala Kubu Baharu) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Kee Hiong bertanya mengenai belanjawan setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri tersebut pada 2022 dan sama ada PBT terbabit mempunyai kewangan kukuh sekiranya tidak melaksanakan kenaikan cukai taksiran tahun ini.

Selain itu, beliau turut meminta agar dinyatakan PBT yang masih berhutang dengan kerajaan negeri berserta jumlah hutang tersebut.

Dalam pada itu, Sze Han memberitahu, kedudukan kewangan semasa PBT Selangor adalah baik berdasarkan pelaksanaan kawalan pembelanjaan yang dilakukan.

Namun jelasnya, terdapat aras cukai taksiran sedia ada menjangkau lebih 30 tahun dan ia memberi kesan kepada PBT dari segi perkhidmatan.

Sementara itu, beliau berkata, secara keseluruhan, anggaran hasil PBT di Selangor tahun ini adalah berjumlah RM2,426.51 juta.

Tambahnya, perbelanjaan PBT pula adalah sebanyak RM2,621.41 juta manakala kurangan atau defisit berjumlah RM194.9 juta. - Getaran, 28 Julai 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad