Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dera Anak Angkat Umur 4 Tahun, Suami Isteri Didenda RM20,000

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 4:23PM

Amira Hamzah (kiri) dan Muhammad Fitri Jasmani Josmani (dua dari kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi hari ini. Mereka masing-masing didenda RM20,000 kerana mendera anak angkat mereka. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Pasangan suami isteri masing-masing didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini hari ini kerana mendera anak angkat mereka berumur empat tahun.

Hakim Effandi Nazila Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas peniaga, Amira Hamzah, 28, dan suaminya Muhammad Fitri Jasmani Josmani, 30, warga Singapura selepas mereka mengaku bersalah menganiaya kanak-kanak perempuan itu sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di kediaman mereka di Eco Majestic, Semenyih pada 1.25 tengah hari, antara April dan 18 Julai 2022.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan pasangan itu dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh merayu hukuman denda minimum atas alasan mereka tiada niat untuk mendera mangsa, sebaliknya bimbang dengan kesihatan anak angkat mereka.

"Kami tiada niat untuk mendera, sebenarnya kami cuma hendak pastikan dia makan dan tidak kurang zat dalam badan," kata Muhammad Fitri.

Amira Hamzah - Gambar oleh Alif Omar
Amira Hamzah - Gambar oleh Alif Omar

Hakim Amir memohon hukuman penjara dan denda atas alasan tindakan tertuduh bukannya untuk mendidik tetapi ia dianggap zalim dan tidak adil selain mereka tidak amanah serta tidak bertanggungjawab dalam menjaga mangsa.

“Kecederaan mangsa bukan satu tempat sahaja tetapi satu badan. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak itu trauma seumur hidup dan dia sepatutnya diberi perhatian dan kasih sayang,” katanya.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, seorang pengadu yang juga pekerja kepada Amira melihat majikannya itu memukul kanak-kanak berkenaan menggunakan penyangkut baju dan batang kayu penyapu.

Pengadu memaklumkan kejadian itu kepada ibu mentua Amira, namun tidak diendahkan sebaliknya dia dimarahi oleh wanita itu.

Hasil siasatan polis mendapati, mangsa dipukul oleh Amira yang dipanggil ‘mummy’ pada anggota badan dan dua doktor di Hospital Kajang mengesahkan kecederaan dialami kanak-kanak itu selari dengan laporan polis dibuat pengadu.

Di mahkamah sama, Muhammad Fitri didenda maksimum RM10,000 atau penjara enam bulan selepas mengaku bersalah tinggal lebih tempoh yang dibenarkan di Malaysia.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat sama pada 2.30 pagi, 22 Julai lepas, mengikut Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (4) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Baru-baru ini, tular video di media sosial yang memaparkan seorang wanita memukul anak angkatnya berusia empat tahun dengan menggunakan batang kayu penyapu kerana enggan makan nasi di sebuah rumah. - Bernama

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari 

Semasa 18 jam yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 13 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Semua 7 Suspek Warga Tempatan – ΚΡΝ

Semasa 21 jam yang lalu

2 Lelaki Ditahan, Cuba Ceroboh Istana Negara Bawa Parang

oleh Sophia Ahmad