web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sila Halang Orang Kaya Guna Subsidi Petrol, Rakyat Sila Jadi Mata-Mata! 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 7:00AM

Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan untuk menghalang golongan kaya atau kumpulan T20 daripada terus menikmati subsidi petrol di negara ini. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan untuk menghalang golongan kaya atau kumpulan T20 daripada terus menikmati subsidi petrol di negara ini.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, tindakan itu boleh dilakukan sekiranya kerajaan benar-benar mempunyai maklumat yang tepat berhubung kumpulan T20 dalam pangkalan data mereka.

"Tarik balik, senarai hitam dan ambil tindakan sewajarnya (kepada kumpulan tersebut). Pastikan mereka tidak boleh gunakan RON 95 kalau kerajaan ada datanya. Nama yang ada di sana, nama sudah ada (termasuk sekali) berapa buah kereta di rumahnya.

"(Bila sudah ada) Senang kita hendak ambil tindakan dengan senarai hitamkan dan keluarkan senarai tertentu melalui persatuan minyak di Malaysia. Boleh (kita) ambil tindakan sewajarnya dan tidak membiarkan golongan itu membeli RON95," katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Beliau mengulas laporan media sebelum ini bahawa golongan kaya atau kumpulan isi rumah T20 dianggarkan menikmati subsidi petrol sehingga RM8 bilion tahun ini.

Memetik tinjauan perbelanjaan isi rumah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), penggunaan RON95 oleh golongan T20 adalah sebanyak 33 peratus, kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam jawapan bertulis di sidang Dewan Rakyat. 

Jacob menambah, orang ramai juga boleh menjadi 'mata-mata' dan menularkan mana-mana golongan T20 yang menggunakan petrol bersubsidi berkenaan, bagi memastikan bahan api tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan sasar.

Dalam perkembangan berkaitan, pendapat berbeza diketengahkan Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP), Samsudin Mohamad Fauzi apabila berkata, sekarang bukan masa sesuai untuk menimbulkan isu penggunaan petrol bersubsidi oleh golongan T20.

Beliau berpandangan, tindakan menyentuh isu melibatkan harga minyak dikhuatiri akan menyebabkan kenaikan harga barang.

Sebaliknya, Samsudin berkata, isu kenaikan harga barang perlu diselesaikan terlebih dahulu pada kadar segera sebelum berbicara soal minyak petrol.

"Saya menyeru kerajaan agar tidak menimbulkan isu terbabit pada waktu ini. Kita selesaikan harga barang dahulu. Jangan disentuh perkara yang boleh mendatangkan spekulasi kepada kenaikan harga barang," katanya. - Getaran, 26 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

RON95: Penggunaan Kad Kredit Asing Di Terminal Luar Akan Diharamkan - Menteri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gaza: 700,000 Rakyat Palestin Kini Diancam Kebuluran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad