web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Eksport Minyak Masak Polibeg Dihentikan Serta-Merta - Annuar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 10:45PM

Sebarang pengeksportan minyak masak dalam bentuk polibeg dihentikan berkuat kuasa serta-merta - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebarang pengeksportan minyak masak dalam bentuk polibeg dihentikan berkuat kuasa serta-merta, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata langkah tersebut bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dengan minyak masak bersubsidi yang turut dijual dalam bentuk polibeg.

“Apabila ada pengeksport yang mengeksport minyak masak dalam bentuk yang hampir serupa, ia menimbulkan masalah kepada penguatkuasa.

“Maka, tidak akan dibenarkan lagi sebarang eksport minyak masak dalam bentuk polibeg...mesti dieksport dalam bentuk lain,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Annuar berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan berunding dengan pihak-pihak berkaitan, terutamanya yang mengeluarkan lesen eksport minyak masak dalam bentuk polibeg.

Berkenaan protes yang menuntut kerajaan menangani kenaikan harga barang pada Sabtu lepas seperti dilaporkan media, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata sebahagian besar perkara yang dituntut itu sebenarnya telah dilaksanakan kerajaan.

Katanya memorandum berkenaan tidak disampaikan kepada pihak kerajaan dan beliau menerima laporan bahawa kumpulan terbabit menyerahkan memorandum itu, kepada pihak pembangkang.

“Daripada maklumat yang kita terima, ada empat, lima perkara yang disebut tentang apa yang mereka hasratkan, saya tidak guna istilah apa yang mereka tuntut, (tetapi) apa yang mereka hasratkan.

“Saya ambil kira itu (hasrat kumpulan berkenaan) sebagai sesuatu yang mempunyai niat baik dan kita baca satu per satu lima perkara itu, jadi perkara-perkara yang sebahagian besarnya saya dapati perkara yang sudahpun dilakukan (kerajaan), tetapi mungkin tidak ada dalam pengetahuan mereka,” katanya.

Justeru, Annuar berkata pihaknya akan membuat libat urus secara terus dengan pemimpin berkenaan untuk berkongsi maklumat serta merapatkan jurang pemahaman tentang isu inflasi, selain boleh berkongsi pendapat.

Selain itu, Annuar memaklumkan matlamat pasukan khas itu juga adalah mengekalkan Malaysia dalam kalangan negara ASEAN, sebagai negara yang dapat menyediakan barang keperluan asas pada harga paling rendah dan mengekang kenaikan inflasi pada tahap yang terkawal.

“Kita bukan nak kata kita boleh menghapuskan inflasi atau hentikan inflasi sepenuhnya, itu orang kata memberi janji sesuatu yang tidak mungkin boleh kita lakukan sebab saya kata tadi, ada inflasi kerana faktor luar (di luar kawalan kerajaan),” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Akaun 3 KWSP: Penyelesai Masalah Atau Senjata Makan Tuan?

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Sentiasa Terbuka Terima Pandangan BERSIH - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 21 minit yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar