web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cuba Ceroboh Sempadan Malaysia, 13 PATI Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 11:42AM

Sekumpulan pendatang asing tanpa izin dikesan di sebuah ladang getah tidak jauh dari sempadan Malaysia-Thailand semalam. - Gambar ihsan ATM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seramai 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dan Thailand ditahan selepas cuba menceroboh masuk ke negara ini dengan menggunakan laluan tidak sah di sempadan Malaysia – Thailand, semalam.

Menurut kenyataan dikeluarkan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), tangkapan dilakukan di dua lokasi berbeza sekitar kawasan Bukit Kayu Hitam, Kedah oleh Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Brigad).

Katanya, dalam tangkapan pertama pada jam 11.15 pagi, pasukan operasi mengesan sekumpulan individu bergerak dalam keadaan mencurigakan, masuk dari arah pagar sempadan ketika sedang melakukan rondaan.

“Pasukan operasi bertindak menahan semua individu terbabit yang bersembunyi di kawasan semak dalam kebun getah di lokasi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, individu terbabit adalah tujuh PATI warga Myanmar, iaitu enam lelaki dan seorang wanita yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta berusia antara 14 hingga 47 tahun,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semua pendatang asing yang ditahan itu dserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam.
Semua pendatang asing yang ditahan itu dserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam.

Menurut kenyataan sama, ketika tangkapan kedua sekitar jam 5.18 petang, pasukan Serang dan Tangkap (SERKAP) yang bertugas di ladang getah tidak jauh dari sempadan mengesan kelibat sekumpulan individu dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai enam PATI termasuk seorang wanita terdiri daripada lima warga Myanmar dan seorang warga Thailand serta berusia antara 18 hingga 38 tahun, tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya.

Menurutnya, pasukan operasi turut membuat rampasan terhadap barangan dibawa semua PATI dalam kedua-dua tangkapan, iaitu lima telefon bimbit, sebuah motosikal jenis Honda Wave, wang tunai mata wang Myanmar dan Thailand serta 13 beg pakaian dengan anggaran keseluruhan bernilai RM5,209.25.

“Semua PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam. Pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara daripada diceroboh dan tidak akan berkompromi dengan sebarang cubaan aktiviti jenayah rentas sempadan,” katanya. - Getaran, 25 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan