web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tokoh Hartanah Terkemuka, Mustapha Kamal Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 9:47AM

Allahyarham Mustapha Kamal Abu Bakar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tokoh korporat terkemuka, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, 73, meninggal dunia pagi ini kerana masalah kesihatan.

Anak Allahyarham, Felina, memaklumkan, ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.45 pagi.

Menurut media, difahamkan pengasas MK Land itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.

“Buat masa ini, jenazah ayah masih di IJN dan pihak keluarga sedang melakukan persiapan untuk proses selanjutnya,” katanya.

Dilahirkan pada 18 Mac 1949 di Kampung Changkat, Pusing, Perak, Mustapha Kamal adalah graduan Universiti Malaya (UM) dalam jurusan Sejarah.

Selepas menamatkan pengajian, beliau memulakan kerjaya sebagai penjawat awam.

Beberapa tahun kemudian, beliau menceburi bidang pembangunan hartanah serta pelaburan dan mengasaskan syarikat MK Land Holdings Berhad. - Getaran, 25 Julai 2022
 

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad