web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keluarga Risau Keberadaan Zalina Azman - Ras Adiba

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 4:19PM

Zalina Azman dilaporkan hilang sejak November tahun lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Keluarga bekas personaliti TV, Zalina Shaharah Azman risau akan keberadaan wanita itu selepas dilaporkan hilang sejak November tahun lepas, menurut Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Ras Adiba berkata dalam pertemuannya bersama keluarga Zalina Shaharah di balai polis di Shah Alam semalam, keluarga wanita itu meluahkan rasa resah mereka memandangkan sehingga sekarang tiada petunjuk jelas tentang lokasinya.

"Saya berkesempatan berjumpa dengan anak beliau dan abangnya yang saya kenal sejak sekian lama dan mereka seisi keluarga mencari-cari juga dan mereka pun seperti kita mengadakan doa selamat dan bacaan Yasin agar urusan kita ni dipermudahkan.

"Saya diberitahu kedua-dua anaknya begitu resah dan risau akan ibu mereka. Mereka pun tidak tahu di mana nak cari ibu mereka," katanya kepada media ketika ditemui pada majlis penutup Program Antirasuah Bersama Komuniti Orang Pekak anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini.

Ras Adiba yang juga Presiden Persatuan OKU Sentral berkata beliau sendiri telah pergi ke balai polis di Shah Alam selepas mendapat berita ada dua wanita yang dikatakan mirip sahabatnya itu berada di sana.

"Selepas saya berkomunikasi dengan dia dan saya melihat dia sendiri, itu bukanlah Zalina (Shaharah) dan seorang lagi yang mereka katakan berlegar-legar di Shah Alam, itu pun bukan Zalina (Shaharah).

"Kita sudah tengok video, kita sudah tengok gambar dan kad pengenalan serta cap jarinya. Polis telah pun mengesahkan kedua-dua yang dijumpai di Shah Alam dan Sentul itu bukanlah sahabat kita," katanya.

Ditanya mengapa tempoh lama diambil sebelum mengumumkan kehilangan Zalina Shaharah, Ras Adiba berkata polis sudah membuat hebahan tahun lalu namun hanya segelintir yang tahu disebabkan penggunaan nama penuh personaliti itu.

Beliau berkata pertama kali ia dihebahkan tahun lepas menggunakan nama penuh Zalina Shaharah Azman selain gambar yang digunakan kurang jelas menyebabkan orang ramai sukar mengenalinya.

"Jadi apabila kakak saudara saya yang tinggal di London, Haliza Hashim, menghantar saya kiriman terbaru Facebook yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, dia tanya saya adakah ini Zalina (Shaharah), saya katakan "Ya, memanglah".

"Dari situ saya terus hebahkan kepada semua dan memberitahu kepada masyarakat dan sahabat-sahabat kita," katanya.

Dalam pada itu, Ras Adiba turut memohon kepada orang ramai untuk tidak membuat apa-apa spekulasi berhubung kehilangan Zalina Shaharah sebaliknya sama-sama mencari wanita itu.

"Saya bersyukur semua orang begitu prihatin namun begitu saya juga mohon kepada mereka supaya mengambil gambar atau video supaya kita tahu di mana lokasi dan adakah itu sahabat kami.

"Kepada semua, saya memerlukan bantuan anda untuk mencari dia, jika anda melihat atau jika tahu apa-apa tentang dia, sila maklumkan kepada saya,” katanya.

Ras Adiba berkata beliau optimis bekas pembaca berita itu masih hidup dan akan terus berusaha mencarinya.

"Sekiranya beliau (masih) hidup, saya akan terus mencari namun sekiranya beliau tidak ada, seperti saya kata, kalau beliau di lautan saya mohon ditimbulkan, sekiranya di perut bumi saya mohon diberitahu arah di mana kita boleh mencari sahabat kita itu," katanya.

Polis menerima laporan mengenai kehilangan wanita itu daripada anaknya Mikhael Norman, 33, pada 29 Nov tahun lepas yang cuba menghubunginya sejak 24 Nov 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Orang Ramai Perlu Telus, Jujur Buat Laporan Orang Hilang

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pempengaruh Dilapor Hilang, Panggilan Ke Telefon Dijawab Lelaki Indonesia

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Faa, Awak Di Mana? Baliklah…’ – Rakan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad