web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penantian Berakhir, Ibu Lega Doa Sepanjang Tempoh Pencarian Dimakbulkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 1:43PM

Kereta milik Allahyarham Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain yang dibawa keluar dari Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, semalam. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Penantian seorang ibu berakhir apabila kehilangan anak kesayangannya yang dicari hampir 10 bulan terjawab, semalam. 

Azmawati Ab Kadir, 55, ibu kepada Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain yang dilaporkan hilang 30 Oktober tahun lepas berkata beliau bersyukur dan berasa lega apabila doanya selama tempoh pencarian itu telah dimakbulkan.

"Saya doa supaya Allah beri tanda dan bila dapat tahu semalam kepala rasa ringan dan lega, kalau tidak setiap pagi bangun mesti fikir mana anak aku, tambah kalau musim hujan lagi teringat.

"Kadang bila duduk depan rumah, saya cakap dalam hati abang kat mana, abang tolong la balik...Alhamdulillah Allah makbul doa dan saya sangat bersyukur," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Allahyarham Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain.
Allahyarham Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain.

Ibu kepada dua anak itu berkata, beliau telah dihubungi oleh seorang individu tidak dikenali semalam yang memaklumkan anaknya sudah ditemukan, namun beliau sangsi sebelum dihubungi oleh pihak polis sendiri.

"Polis hubungi dan tunjuk gambar barang-barang anak...betul baju itu kepunyaaan anak saya," katanya.

Tambah beliau, tepi Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, yang lokasi kereta dipercayai anaknya ditemukan itu, merupakan laluan yang sering digunakan Muhammad Iman Aqmar untuk ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.

"Kali terakhir saya jumpa arwah macam biasa cuma anak duduk agak lama dalam kereta sebelum bertolak dan suruh saya masuk ke dalam rumah," katanya. 

Menurut Azmawati, proses bedah siasat dijangka dilakukan esok di Hospital Tengku Ampuan Afzan sebelum jenazah di bawa pulang ke Kampung Pasir Putih, Johor untuk urusan pengebumian.

Semalam, media melaporkan polis menemukan satu rangka manusia dalam sebuah kereta yang ditarik keluar dari Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Suptritendan Mohd Zaidi Mat Zin dilaporkan berkata mayat ditemukan dalam kenderaan Nissan Grand Livina yang ditemukan seorang lelaki warga emas semasa dia mengalihkan besi dari jalan ke tepi sungai berkenaan pada 11.40 pagi.

Siasatan awal terhadap nombor pendaftaran kenderaan mendapati ia dikaitkan dengan laporan kehilangan yang dibuat di Pasir Gudang, Johor oleh ahli keluarga lelaki bernama Muhammad Iman Aqmar, 24. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad